Monday, 30 December 2013

Lies Between Grey

    I feel blue, whenever I think about my memories are like pure white , like soy sauce stains difficult to wash  . The best is  , I cannot remember those hard unpleasant ever . Live here , and occasionally lonely occasional frustration occasionally depressed. Time left in front of the boot , the option is always belongs to every individual . Slower pace , with the ideal distance wide. Nothing can last .

   As Pisces sometimes feel really tired. May I unlock the genes and alter it ? Sometimes really want to practice Invisibility , have their own comfortable space in any corner . In fact, the Fishes did not quite gray , but sometimes like a lonely alone. Have their ownspace , to remove all the load , cool thinking .

   Think of the future , the feel alien to stay here is simply no sure way . Began to be ashamed of their own , and then collapse , and finally realized that maybe just a transitional period . For a stray wandering among the waves definition, find a solid vertices are the basic needs for survival. At least tired, and can be no fear of paralysis with . But the sad end of the idea will only make one hesitate , do not move represents I have  been back . After all, time has been rubbing shoulders and then fade away. I do not know how long it takes to complete without [ abstract ] 's blueprint , even have to spend much longer time than the others , I still have been continued .

    I began dissecting , analyzing , thinking , understanding, and then digest what had happened or the reason  . no clue at all ? what the hell . Education of each specification of the original fantasy soul , not from becoming narrow dull creativity. Everyone stay safe confines to score inside . Reflect on it again, I seem to get some more insight.

   Back to reread this blog , it was found on some of the weird and some did not . Well, irregular is an art .




note : what lies behind us and what lies before us are tiny matters compared to what lies within us 


TWITTER    : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SKULLDRAC
FACEBOOK  : SYUK MUHAMAD





Saturday, 21 December 2013

Not the same, but still...


BUT STILL...


     The weather is still stuck on a blog. Perhaps, this atmosphere is blogging catalyst . Rhythm of life is still not fixed, stepping up the pace of a busy ; too indulgent when neutral . Flocks when you play crazy , when a person quiet. Uneven, but unexpectedly very balanced . Very simple habits, everything naturally became natural.

     In fact, the principles and dreams , like flying kites . Expect more to fly farther , worry more. Afraid to fly to the destination, had feeling let yourself soar high in the sky . Line is broken, no longer difficult to get back the memory of the original period of leave . Too many unpredictable things happened around , unable to escape can not be declined. When you decide to fly , do not forget who stood waiting for your starting point .

     Not the same. With fixed theater writing team . Just afraid that one day will eventually rewrite the script , the outcome is unknown . Choreography story began in disarray, which should be placed in the first position the same . Allowed to repeat the same mistakes . The moment has been determined to set a goal , but willpower is still shaking it .

     But still , I'm still the same. For strange not sure things , or to retain a portion of their own. No way out for all unfamiliar with a positive attitude . But without the right mindset , where's the attitude ?

     Right. Not the same, but still....





note : we are not the same persons this year as last ; nor are those we love . It is a happy chance if we , changing , continue to love a changed person .



TWITTER    : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SKULLDRAC
FACEBOOK  : SYUK MUHAMAD

Sunday, 15 December 2013

Wayang

ASSALAMUALAIKUM


*CERITA SEMALAM , BUKAN HARINI*  bangun pagi harini terasa awal giler , giler pon tak awal macam ni , kau tau tak kalau keadaan bila kau tido lewat semalam tah buat tah hapa hapa dengan tengok tv , bergayut tak pepasal sampai berejam rejam lamanya , dan seangkatan dengannya lagi lah . mungkin akan tahu kebengkakkan mata korang yg akan sama tahap dia cam koala zoo kat shanghai korang tau , tapi lagi cun dia punya lebam hitam bawah mata dia la dari aku punya atau korang punya . tapi tang dia pnya hitam tu mmg tkleh hilang lah , aku pnya bole hilang . haha . tak pepasal koala yg comel kena bahan pepagi . biasa la kalau cuti cuti ni dapat rasa la bnyi memekak mekak dari anak jiran jiran sebelah yg fefeeling nk hbiskan masa tok men sebelum bukak sekolah . aku pon sambil tekupkan telinga aku kat bantal pon masih gak kedengaran bnyi riang ria mereka  . rasa nak baling bom sekali , pastu tido balik dengan tidak bersalahnya . jahat tak aku ? bila ditanya pihak polis nanti , jawapan aku ; 

"Maaf abang polis , saya tiada ditempat kejadian"

hahaa , cumpah kejam giler aku , kononnya la . so nak tak nak terpaksa la aku gigihkan badan nak gi mandi , tapi badan still terdampar kat katil . macam tajuk movies "dugong yang terdampar sepi" , haha . tak pepasal buat tajuk movie sendiri . yang penting bukan aku yg jadi dugong tu oke , bagi kakak aku je . dia arif pasal benda benda camni . Datang je abang aku lagi mengacau mood aku nak tido . pastu dia satu rakan kongsi dengan datin hasnah akan membebel tk kesudah suruh aku bangun mandi , siap siap semua . aku pon pelik , nak sesiap gi mana pon hujung minggu macam ni  . Dengan sebab itu jugak mata aku celik bak kucing yg cuba membulatkan mata padahal mata dia memang dah bulat . langsung tak kelakar . Tapi akhirnya aku kecundang juga tido balik . sungguh kuat badi tido aku . sampai tengahari tu aku rasa aku tido sebab seingat aku semalam aku tido dalam pkul 3 lbh cenggitu , buat apa pon aku tak ingat , macam bnyak assignment plak , padahal duk cecuti time time macam ni . poyo je  .Dalam kesedapan aku tido , aku dikejutkan dengan mesej dari abang aku yg hantar via whatsapp , nak jimat katanya . bebulan bayar bil bukan nak call je . kan dah nampak macam karangan aku tgok sebab mesej diberikan 10 minit lalu ;

"dah bangun ke ?"
"buat ape ?"
"alang kat luar ni , beli breakfast ."
"alang dah makan roti canai pon kenyang dah ni ."
"hoi , tido mati ke ? balas la gilerrrr !! "

time last tu punya ayat yg ada ayat "giler" tu terus aku nak menggila tido balik , namun satu je mesej lagi dihantar cukup cukup buatkan mata aku bersinar bak permata 
( ayat tak bole nak blah ) 

"Jom tengok wayang  , cite "the hobbit : desolation of smaug , alang nak order tiket ni , mau ke tak mau ?"

" mauuuuuuuuuuuuu donggg" balas aku .

dengan sepantas kilat aku capai towel nak gi mandi semata mata sebab the hobbit tu , aku pon dah lupa cite tu pasal apa , dan dan kena ajak terus gi je . kalau nak tahu aku ni tkleh lekat duk rumah , ade je nak merayap gi memana . kaki melepak , kaki shopping , kaki jalan ,dan kaki kaki yg lain , itulah aku . sebab tu abang aku sengaja bebawak aku gi berjalan petang petang rembang camni , nasib naik kete , kalau jalan kaki gi mall dekat rumah aku ni gerenti mati hidup semula pon aku tak nak . 

"tunggu jap , 10 minit siap la" balas aku lagi , buat janji melayu .

sampai je kat bilik air , terus aku start karaoke satu dua lagu . nasib lagu tu medley , kalau penuh kau dah sampai sepuluh minit nyanyi je .mandi belom lagi . ni kalau jiran sebelah dengar gerenti boleh bikin isu pergaduhan . menganggu ketenteraman kejiranan je aku ni . haha . fefeeling punya happy dapat kuar tgok wayang kan ,terus nyanyi lagu warzone dari the wanted gitu , lol . cakap pasal wayang ni , aku teringat dulu masa tengok wayang yg tkde lah tgok kat skrin besar tuh , sekadar tengok kat skrin putih yg belakang dia kena suluh cahaya lampu tu , nak dijadikan cerita , wayang kulit oke . Dulu kat kat kampung aku , masa kekecik aku teringat ada pementasan wayang kulit ni , kat kenduri kenduri tertentu , kenkadang , kenduri kawin pon ade . aku yg masa tu kecik cinonet duk berlari lari terpinga pinga tengok benda ape la dibelakang tabir tu , apa yg aku tahu , asal bayang hitam , benda hitam yg macam macam seram tu mesti hantu , tu je la . Istilah hantu tu masa aku kecik tak penah hilang dari mulut aku . amacam ? comel ke cam seram je aku ni masa kekecik ? haha . akutnye akutnye , ok dah stop gegedik kat sini .

aku ni kalau tak meraban tak sah kan ? ok back to the topic , dah selesai aku mandi dalam nak dekat 10 minit lebih tu , cek cek balik hanphone .

"lambat cam anak dedara !! " 

pastu dah kelihatan abang aku duk depan pintu ngan muka nak minta penampar padu ngan aku , pastu dia terus cecepat gi tandas tanpa sebarang bicara . Aku pon sesiap cepat cepat takut kena ceramah time tengahari camni plak . dah la lapar . sesia bernanah telinga aku dek kata kata menusuk kalbu hanya kerana aku lambat . Lepas sampai ke kereta , aku start mengantok balik , buat gaya gaya cam tido .

"Dah ni nanti kat wayang tu jangan nak tido plak , ni bagi dia !! 
(sambil abang aku tunjukkan penumbuk dia  )

sebab keadaan aku yg toya tu  , aku pon anggukkan je la . abang aku buat muka tak puas hati kat aku , aku dpt rasa dia nak tampar aku lelaju bagi ngantuk aku ni hilang serta merta on the spot kat situ . haha .  lepas sampai ke tempat destinasi kami iaitu Wangsa walk aku terus menggila turun kita macam org tak cukup zat , orang kata tempat ni bnyk retis datang. aku pon start la memusing cari cam orang gile mana tau ada artis ke pepetang cmni buat shot jalan jalan cari makan ke ? boleh kacau kacau sikit ."buat pasal" untuk ayat pendek dia .dah sampai lelenguh aku cari mana artis cun cun tkde pon , tetibe lalu depan aku pelakon lelaki yg dh veteren la kiranya . ade kenal mustafa kamal ? haaa , tu la yg aku jumpe kat situ , tp segigih aku cari artis pon tkde lah fanatik aku nk bergambar time tu ngan muka aku yg ala ala zombie bangun tengahari cari makanan , kang sesia otak si pelakon tu kena sedut ngan aku mcm aku sedut air coconut shake . Abang aku terus bawak aku gi makan KFC . masa order kat situ , line dia bukan main panjang lagi mcm nk beli tiket konsert artis luar negara . pas aku intai intai kat depan , rupanya minah kaunter buat keje lembab cam kekura , siap dia boleh tgok org lalu lalang kat luar kfc lagi kau tau ? kalau ada penyapu lidi nak je libas libas dia . sakit je hati . tapi tu dalam hati aku je la . tapi tang kuar mulut dari abang aku terus dia punya laser boleh tembus dinding 100 lapis kau tau ? tapi aku cakap , "sabar la alang , budak baru kot tu"  . pas dah setel order and makan , siap abang aku snap gambar ayam tu buat sent kat bakal wife dia macam report harian lah , gi memana , mesti ada bukti . kalau aku .tak ferluu kowt , membazir je. haha . adat la org bercinta . sibuk je kau ni syuk .

Satu aku tak faham akan sikap aku ni asal pegi cinema je mesti nak popcorn , terpaksa la aku buat muka comel aku mntak abang aku belikan popcorn set besar gedabak kau tahu ?
pastu dengan segala relanya aku dapat RM 10 kemudian dengan macam kekanak ribena aku dapat duit terus gi beli popcorn meninggalkan abg aku kat situ terkontang kanting beratur amik tiket yg dibeli online tadi , nasib baik beli online , kalau tak dia pnya line beli tiket dah mcam gerabak kete api aku tengok , punya panjang . sampai tempat beli popcorn . aku confused tetibe dgn cara dorg beratur beli makanan , mcm ular kena palu , tak pon macam cakar ayam , oke tak sesuai , macam serabut la senang cakap , haha . aku pon dengan kebijaksaan aku terus menyelinap mcm pencuri popcorn , cite baru kat pawagam akan dtg nanti , haha . Sampai je kat kaunter , tetibe aku teringat .set besar rm 13.90 . terpksa aku korekkan juga tabung aku kat situ . abang aku yg rupanya kat belakang buat muka kerang busuk dan terus rampas popcorn aku dgn gaya nak minta kaki .yg akak kaunter ni petang petang plak mabuk salah kira sampai tetibe rm 16.90 . nak je aku karate sekali kat situ . kopak la duit aku lagi . tetibe je memahal cmtuh . tk ckup sen aku nak bayar nanti .jahat giler aku ni. sesuka nak buat org cenggitu .

sebelum masuk sempat aku berborak ngan abang aku dulu ;

" acik nak jadi pelakon boleh tak alang ? " tanya aku dengan muka siyesss.

"boleh" sambil buat muka takde perasaan meneruskan taipan di handphone dia , gigih membalas mesej bakal bini tercinta . adik dibiarkan seperti arnab mengoyangkan telinganya sahaja pada ketika itu . 

aku pon malas nak bertanya terus ajak dia gi kaunter tiket masuk awal . Dah nk sampai tgok citer hilang plak ngantuk aku , sedar tk sedar , popcorn yg besar tu dh tinggal 70 % sebab duk kena tibai je ngan aku plus abang aku .Masuk je cinema , tgok mak aih penuhnya org . tetibe sebelah sit aku ni geng sebarisan dak perempuan , budak cuti sekolah mungkin , duk duk tengok aku macam nampak aku ni hamburger bergerak , kalau tak pon macam nampak artis tak laku . haha . tidak mengendahkan keadaan , aku set tmpt aku baik punya mcm duduk kat sofa rumah pastu get ready nak tgok cite cinema ni . dalam 40 minit tayangan citer tu , aku dengar sesuatu yg tk sepatutnya aku dengar , abang aku kat sebelah duk tarik tarik tangan aku bagi isyarat . lepas aku pandang kanan aku , rupanya org yg dduk sebelah abang aku tu tido , siap berdengkur lagi . nak bergema dewan wayang tuh . aku ngan abang aku dah tergelak gelak . 

"dia ingat ni rumah dia ke nak tido plak . tau la dalam wayang sedap tido " 
komen abang aku .

dalam hati aku, bapak memekak abang ni duk tido time aku ngah fokus tgok cinema ni . nak je aku sumbat stoking aku ni kat mulut dia kasik lemas . pastu baru sedar yg dia tu sebenarnya dah cari pasal salah tempat , tetibe nak gengster plak guwa hari ni . tapi seriously annoying giler di punya dengkur . Last last aku tengok 20 minit sebelum cite tu habis , abang aku pon turut tido sekali . aku tegelak je . dalam fikiran aku .

"dah terkena badi jiran sebelah lettew , dia pon tido jugak , hahahahaa " 

Satu lagi bikin rasa panas ending citer "The Hobbit : The Desolation of Smaug",ada sambungan plak ala ala sinetron or drama samarinda . nak kena tunggu setahun lagi plak untuk sambungan , berjambang la nak tggu . time nak tgok cinema balik for next part , dah lupa ingatan ni citer pasal apa plak . haha . Dalam kereta tu ;

"macam apa je orang tu tido dalam cinema , dah duduk sebelah dia tadi , spoil jer . " kata abang aku .

"macam sama je macam sama je " balas aku .

" haa ?? " balas abang aku tertanya tanya .

aku diamkan je , haha . balik tu kitorang singgah pasar petang beli puding karamel , tah kenapa tetibe abang aku mengidam nak makan mende tu , seram plak aku lelaki mengidam ni . ok bye .

LAWAK tentang hobit ; aku pon tengok gak la dia memang cenggini , tapi kalau aku , memang tak boleh blah la kan nak kuar tak pakai kasut ke selipar . so mana mana nak try tu leh la berkawan ngan si hobbit ni , geng baru #GengTakPakaiKasut , haha .





p/s : Ramai orang buat wayang dalam wayang , termasuklah wayang air liur basi . cesssss !!!


TWITTER    : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK  : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK

Saturday, 7 December 2013

Banjir

ASSALAMUALAIKUM

Langit memang tak selalunya cerah . kekadang awan mendung meliputi suasana menjadikan alam ini tiba tiba gelap . namun lambat laun pasti awan mendung itu kan berlalu pergi . bahkan sinar mentari akan terbit menerangi kegelapan dengan begitu bersinar dan ceria sekali . Begitulah kehidupan ini , asal saja kita redha dan tahu bersyukur atas apa saja ujian yg Allah berikan , Kita takkan pernah merasa akan kekurangan . Seperti apa yg aku rasakan pagi ini , non-stop raining dari malam td sampai skrg . Kesejukkan dek hujan yg bertalu talu menimpa bumi sekitar kawasan kediaman aku . Allahumma soyyiban nafian . Moga hujan ini membawa rahmat dan bukan bala bencana . Dan aku akan sentiasa berdoa semoga ianya akan sentiasa akan baik baik sahaja .

Bila hujan je orang akan kaitkan dgn banjir , apa yg aku rasakan kini apabila kawasan yg dahulunya aku selalu menjengah , selalu berlari lari anak . Kini dilanda banjir sekarang , tu pon dalam beberapa hari lepas baru aku tahu , nampak sgt tk mengikuti isu semasa betul aku ni . haha . aku harap kuantan dan area pantai timur baik baik je , aku dulu masa study matrik kat area gambang tu kalau outing selalu menjengah outing ke kuantan , tapi sekarang bila tengok berita dan keadaan jadi camni, rasa nak nanges pon ada , org cakap , kalau allah nak turunkan bencana , kalaupun tempat tu yg pling selamat dalam dunia ni pon tetap akan kena , nauzubillah min zalik , moga moga di jauhkan .






Apa yang aku ingat masa dedulu pasal banjir ni time aku duduk kat kampung . time hujan tak berhenti henti ni kau tau la kan .



FLASHBACK TIME DEDULU . . .


Kalau cakap kampung mesti aku rimas , mesti aku rasa fedup , keluar je perkataan kampung dari mulut datin hasnah aku dah agak hidup aku akan gelap seketika , padahal tempat tu jugak kau membesar . nampak tak kederhakaan aku terhadap kampung halaman , haha .
masa aku duduk kampung macam macam la benda berlaku , mana aku tak trauma , jumpe binatang korek ubi malam malam la , ular duk wat catswalk la depan aku walaupun dia sepatutnya buat snakeswalk , dan setahu aku ular mmg tkde kaki , oke yg ni lagi tak lawak .
Masa umur aku start 2 tahun dah sibuk memain dengan binatang macam aku tarzan junior dalam hutan rimba , padahal kau duduk bukan dalam hutan kan ? gambaran je la mksud aku . semua benda aku nak main , semua nak usik . dah sampai kala jengking pon aku main sampai mak aku pon tak cukup tangan nak layan kerenah aku . Aku pernah tnya macam macam soalan kat mak aku ;

"mak kenapa anak ayam ikut ayam besar tu?"


"Mak kenapa biawak ni tak sekolah macam adik ? "


"mak tu binatang apa , dia ada 4 kaki , ada bulu bulu badan dia..(belum sempat aku bagitau semua karakter dia mak aku dah jawab )

"kucing" sambil buat muka toya .

"mak kenapa ayam tu dia naik atas ayam tu ( oke yg ni siyes 18sxxxgggwwxxzz pnya soalan)


mak aku pun dah pening apa dia nak jawab lagi lagi soalan terakhir tu . haha . ni semua aku tnya mak aku sendiri , kalau aku masa ni nak ingat semua kan mmg tipu la kan . hingus pon melejeh lejeh lagi nak kena lap , lagi nak ingt pertanyaan pertanyaan bodoh aku masa tu . ok back to the topic . masa time bulan 12 , aku rasa la kan , sebab setahu aku bulan ni je hujan duk bertalu talu . tau la kan rumah kampung mcmana . aku plak masa kecik time guruh je ya rabbi takut nak mampus . macam tikus . sampai datin hasnah pon cakap ;


"ni anak aku laki ke perempuan ni ?"


bernanah je aku dgar masa mak aku cerita , tp masa kecik mana kau tahu apa apa kan . mak aku plak jenis slumber badak orgnya . hehe .pada satu hari tu parent and semua keluarga aku tkde kat rumah , aku lupa dorg gi mana , setahu aku dorang gi melawat sedara terdekat la . tau la kan dulu dulu mmg tk suka bawak bebudak , aku ni dahlah jenis suka buat ona kat rumah org , haha . tak pepasal balik benjol kena ketuk dgn datin hasnah sebab menyepah rumah org . time tu la aku ngan kakak and abang aku duduk dirumah yg sunyi tanpa ibu bapa , nah kau dah mcm cite telemovie aku rasa . haha .


"mak ngan abah takde kat rumah , korang jgn nak nakal nakal plak eh , aku seligi sekor sekor kalau buat perangai" kata kakak aku dengan gaya nak kena siku ngan aku dan abang aku .


"mak ngan abah gi mana along ? " tanya aku yg sememangnya suka banyak tnya , super annoying la aku masa kecik dedulu kalau korg nak tau .


"gi dating la , budak budak mana boleh tau , dah dah gi buat keje sendiri " sambil dgn poyonya berlalu pergi .


aku plak tkde arah pegi la main kat luar , abang aku plak tah pegi mana masa tu , aku pon lupa . aku tengok kat luar pintu , time tu aku kecik kecik lagi , bayangkan betapa comelnya aku jenguk keluar pintu , dapat bayang tak ? ok over sgt . dah jgn banyangkan . hahaha . aku pndang semua binatang binatang duk bising bising buat mesyuarat alumni mungkin . duk memekak je . aku dengan nakalnya baling terompah yg ade kat tempat kasut tuh , lepas kena je salah sekor ayam jantan tu terus semua berlalu pergi seakan akan malapetaka akan datang . aku pon heran sambil buat muka blur sebab takleh nk tnya sape sape time tu kan . tanya kucing aku si tom namanya sah sah dia kan jawab bahasa dia tu kan "mioww". dari bodoh bodoh aku tnya baik aku keluar amik port halaman yg ade pokok jambu tu . masa tu aku rasa angin sejuk gila , angin kencang seakan akan berada di atas kapal titanic . haha . then aku pandang langit . memang langit tu gelap segelap gelapnya la kan . masa tu aku je tau betapa takutnya aku lalu aku terus mencicit lari masuk rumah sampai kasut pon terpelanting sana sini .


abang aku yg tgok keeadaan aku mula bertanya ;


" dah kenapa mcm lipas kudung je ni ? ayam kejar ke ? haha"


aku dengan tercungap cungap masa tak mampu memberi jawapan kepada soalan abang aku yg agak hampes kat situ . kalau ada selipar bersisa kat kaki aku lagi , nak je baling mcm aku baling ayam tadi .


"gelapppp.....awann.......haiwan....lari.......penat....." dengan nafas tercungap cungap


tu je aku mampu cakap , sejurus daripada tu terus bunyi guruh berdentum yg teramat kuat menusuk telinga aku dan abg aku . kitorang pon terus berlari dan cepat cepat masuk bilik kakak aku .



"dentummmm !!!"



bunyi pintu ditutup dengan kuatnya ( saja nak tambah effect , nampak tak kepoyoan aku kat situ ? )


"dah korang kenapa ,nak rabak pintu bilik ni korang buat , nak melayan perasaan pon tak senang , haihh ! "


lepas kakak aku tgok muka kitorang yg mcm sorang sorang nak kenapa tampar free , dia pon tutup radio dan dengar bunyi guruh yg teramat kuat , barulah dia tau adik adik dia penakut rupanya .


"meh masuk dalam selimut ni "


"sian dia takut yee , alololo , comel adik adik along ni "


masa tu aku mmg tkut kot . dari langit td aku tengok petir sabung menyabung . jadi cam trauma seketika . then my sis la yg tenangkan kitorang . macam ni la kalau parent tkde kat rumah , kakak aku jadi mangsa melayan karenah aku yg bnyk kira ni . time paling best masa malam tu hujan . so kalau hujan tingkap mesti akan ade percikan air hujan . kitorang ni plak memang jenis nakal sikit . kes takde keje la katakan . kalau hujan , kitorang akan beratur tepi tingkap ala ala nak tggu giliran macam mandi guna air pancuran tu tuk kena percikan air hujan cam embun pagi tuh , rasa dia mmg syok lah , tapi la kan , memang kalau aku sendiri pikir dulu , aku pon tak faham kenapa aku macam tu dulu , haha . tapi kenangan tu aku merasakan paling best sekali masa kekecik .


Malam tu hujan lebat , parent aku pon dah balik semua , seingat aku la , kitorang memang risau kalau hujan . kau tau la kan rumah kampung macam mana , ngan atap zink dia . aku pon naik bingit dengar kalau air hujan jatuh atas atap akan keluarkan bunyi yg tersangat sangat la bising sampi aku pon tkleh nak tido . macam mana pon terpaksa la tido . Sampai je esok pagi , mak aku dh bangunkan kitorang awal pagi sebab rumah kampung aku dah naik air , air masuk kat bahagian dapur rumah .



"bangun bangun banjir !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" 



teriak datin sekuat hati . pastikan harkat dia lebih dari 5 panjangnya utk setiap perkataan .


"tolong buang air ni sesama cepat" tambah kata datin lagi .



abang aku dengan bangangnya boleh siap nyanyi lagi ,



" banjir ooo banjir oo , rumah kita naik airrrrrr yyyoooo , naik airr yyyooooo"


aku yg tk bersalah ni dah kelam kelibut cari apa apa mangkuk duk mengangkut air keluar dari rumah .dia siap nyanyi lagi , kalau ada besen terdekat kat tepi aku , aku rasa dah kena ketuk sekali , ceh , cam pandai je dedulu kan nak ketuk ketuk orang .


dalam lebih kurang dalam nak dekat 40 minit camtuh la , baru hujan reda dan kitorang pon dapat relaks dari banjir berlarutan . kau bayangkan macamana cemas dan penatnya detik detik masa tu .

dalam masa tu , aku tetiba plak fefeeling nak main air ala ala mcam gambar bawah ni la kan . tapi tau je la kalau datin hasnah tau apa ada difikiran aku sekarang ni , gerenti kena benam kepala aku dalam air banjir ni, sesia hidup aku baru nak bermula zaman kekanak dah hilang pada hari tu nanti .




kemudian aku tergaru garu kepala tercari cari sesuatu yg hilang , ya , kakak aku dari tadi menghilang sampai sekarang sehinggalah aku terlihat kelibat kakak aku yg duk posing ala ala ikan duyung lemas dalam banjir .



sekadar hiasan


hahahaa . . gampang .


nah aku bagi pantun banjir untuk korang , sekali sekala belajar komsas sikit time banjir banjir ni . hahahaa .


PANTUN BANJIR

hujan lebat dimalam hari,
tidak berhenti sehingga pagi,
banjirlah rumah di pagi hari,
inilah nasib ditimpa kami

saudara datang hendak
menolong,
mengangkat barang yang
basah,
ramai orang mahu menolong,
yang dijemur semuanya sudah.

kucing ada tiga ekor,
disayangi oleh ramai orang,
kucingku takde lagi ekor,
dilari dari semua orang .

barang berharga dapat
diselamatkan ,
semua sudah naik ke atas,
kucing disayangi pun
diselamatkan ,
dalam bilik di tingkat atas .


camnilah kalau budak dah lama tinggalkan bahasa melayu , tah pape pantun . haha . ok bye .



p/s : Jgn main banjir tau , main air je boleh , eh ?


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK

Sunday, 1 December 2013

Macam Cantik je , Macam comel je

ASSALAMUALAIKUM

Semalam aku dikejutkan oleh berita dari kawan aku , pagi pagi lagi dah dapat mesej bikin guwa sakit jantung . Nasib guwa bangun tak berapa nak awal sangat ,kalau awal guwa bangun , dah lama guwa tidur balik lu tau sebelum mesej sempat kena view . so aku tengok apa yg dimesejnya , nasib bukan mesej dari celcom atau maxis dan mana mana mesej layang dari bank juga sebagainya . kalau tak dah lama kena bakar dengan aku . bajet je nak bakar phone sendiri . memang tak la kan . ok lupa lak tadi , sampai mana ? sampai view tu kan , pastuh aku view la mesej kawan aku tu , nama dia Bedah a.k.a CT katanya . Ok gerenti dia akan baling aku ngan terompah dia kalau tau aku tulis nama antik dia dalam blog aku nih . haha . ah pedulik ! hehe . Dulu aku selalu sakat dengan ayat cenggini ;

" Bedah bila kau nak kena bedah ? "


sampai sekarang masih berbekas ayat tu kat dia , kesian dia  . hehe . kuar je mesej on my handphone screen , dia gitau aku bahawasanya ;


Bedah : Salam syuk , hari ni aku gi kenduri kahwin Aini , kau kat mana ni ? Tak balik ke ?
Aku : Aku ada kay L la . Kau kat mana ? Kenduri aini ? haaaa?? !!!!
Bedah : Takyah KAYYLLLLL sangatlahkan . aku kat kenduri kahwin aini la ni , kau napa tak datang ?
Aku : Aini tak ajak pon , macamana aku nak datang , kejam giler . Kad jemputan pon aku tak dapat .
Bedah : yeke ? haha . padan muka kau  !
Aku : Vungukss , untung la makan nasi minyak , kau bila lagi ? eh , nanti kirim salam kat aini , cakap kat dia "selamat pengantin baru" .
Bedah : haha , sapa cakap aini yg kahwin . abang dia la kahwin , hahahahaahahahaa .
Aku : siotttttttttt je !! kurang ajar prank aku .
Bedah : hahaha , wehehehe , nah gambar kenangan . 

pastuh sebab nak wat aku jeles dia sent aku 3 keping gambar . Kitorang memang best friend . Nazri , bedah dan aini . sama sama duduk diperumahan berdekatan , petang petang kalau dh lepas balik sekolah dedulu mesti pi pekena ABC sesama . sampai mak cik tu pon dah tau kitorang ni memang segeng . paling teruk kena sakat dulu bedah lah . haha . Lucu teringatkan zaman dulu . Tapi semua dah berlalu . Tapi aku selalu ingat mereka , pengorbanan mereka terhadap sesuatu yg digelar sahabat . Suka tawa tangis bersama . 

Lepas tu kitorang dah start merepek merepek  lah , yg chat chat lain tu tak perlu kot aku masukkan kan dalam ni . Straight lepas aku berchit chat ngan kawan baik aku tuh , tetiba Datin Hasnah call aku . Wahhh . terus aku excited nak jawab . Kepada yg tak tahu aku suka pnggil mak aku dgn nama datin atas dasar menyakat kat situ . Jahat tak aku ? bukan jahat oke , tapi nakal . aku suka bergurau gurau dgn family aku . Tapi gurauan yg tk mendatangkan kaki dimuka ok , tidak sesia je kau melawak tapi sakit kau dapat .

Datin hasnah pon mula berbicara ;

DATIN : 21 hb ni ada kenduri kahwin kat Perak . Nanti mak nak pegi .
AKU : kenduri siapa mak ? rajin mak pegi kenduri . hehe .
DATIN : kenduri sepupu aciklah , tak balik ke sesama gi kenduri jom .
AKU : sibuklah datin , banyak projek kena setelkan .
DATIN : mengalahkan PM lagi , ok , takpe kalau tak nak pergi. Ni tolong carikan mak baju kurung kaler purple sekali ngan tudung .Nanti mak nak gi kenduri perak malas pakai baju lama .
AKU : amboiihh , Bereh datin . roger and out .

pagi pagi aku dah dapat task dari Datin Hasnah untuk shoppingkan dia baju . dah macam cite runningman dah aku rasa . aku kena setelkan task ni , dan lokasi aku adalah di masjid jamek .tu je lah aku tau tempat nak beli baju pon . dengan sepantas kilatnya . cewah rini pntas plak , kekonon lah . Sampainya aku kat lrt masjid jamek tu aku terus cari kedai makan berdekatan sebab perut aku dah macam main music simfoni gemelan , hardrock , semua campur bikin guwa rasa nak pekena makanan cepat cepat , sampai je kat tmpt makan port terbaik tu aku terus landing baik punya and terus order nasi goreng USA dan jugak carrot susu . Sambil tggu tggu tu aku terpikir macaman lah nasi goreng USA tu nama dia boleh terwujud , Search kat internet hari ni baru tau asal usul American Fried Rice. Sumber dari wikipedia. Mengikut Wikipedia, Nasi Goreng USA ni diperkenalkan semasa Perang Vietnam . Hidangan ini di sajikan kepada Tentera Marin dan Udara Amerika di Thailand . Asalnya Nasi Goreng USA ni ialah Nasi Goreng yang di hidangkan dengan hidangan sampingan barat seperti sosej, ham, telur goreng, ayam goreng etc . aku rasa tak patut Nasi Goreng di kekalkan dengan nama USA. Kenapa tak letak nama lain sebab di Malaysia rasanya hidangan ni dah pun di Inovasikan . contohnya boleh je nak letak nama Nasi Goreng DMC aka Daging Masak Campur? atau Nasi Goreng Kita (US) ? Nasi Goreng 1 Malaysia ke ? haha . Atau apa apa nama lah yang tak mengagungkan America yang bekas presidennya telah memusnahkan sebuah negara Islam Arab dan membunuh kejam Presiden Iraq pada Hari Raya Korban ? Ok tetiba aku cakap sal benda benda cmni . tukar topik .

pas je selesai aku makan  ,aku teus gi survey utk datin hasnah punya order , belanja mak sendiri sekali sekala takda hal kan . Datin selalu marah marah aku sebab aku selalu bazirkan duit beli baju , sampai almari kat bilik aku dah penuh macam bilik duduk sepuluh orang , ok sangat over kat situ . so cara dia selesaikan masalah aku . baju baru beli dah pakai sebulan dua bawak balik and then baju lama gi angkut plak  , supaya kelihatan baru plak . aku gelakkan je . tersenyum mendengar idea datin yg bernas lagi bijaksana .

Lepas round area masjid jamek macam org separuh gila , baru jumpa kedai yg ideal utk aku beli baju mak aku . Lepas tawar harga aku dpt harga baik punya , nasib aku mmg baik . save poket aku .  haha . tapi tang cari tudung tuh plak nak matchingkan dgn baju rasa macam nak mereng seketika . Aku dah kelihatan mcm org tk betul ritu , banyak sgt kedai tudung , sekarang baru aku tau kenapa perempuan dia jadi gila masa shopping  , haha . gila nak buat pilihan , gila nak amik kaler apa . gila dengan segalanya . Masa aku duk toya tgok tgok tudung semua mata memandang aku seakan akan aku lakukan salah laku perompakan . lepas aku pikir pikir , ye la kan . aku lelaki tapi duk membeli barangan perempuan . so kenapa ? aku beli untuk mak aku . tolong la org zaman sekarang nih , minded jgn closed sgt.
sampai ke kedai tudung yg ada budak budak muda jaga kedai tudung  , sorry to say . dorang bekerja memang malas . tambah lagi no any sense of fashion . so lame la girls , please dont show me your weakness .

dia tanya aku "Nak tudung matching ngan baju purple ni ke ?" 


"a ah, baju tu purple ada bunga bunga hitam sikit " , balas aku 


pastu dia bagi aku tudung kaler merah jambu , pastu kasik hitam ngan oren , aku rasa kalau ada tukul kat tangan aku dah lama kena sedebik ngan aku . 


" Ni matching ke kak ? sorrylah kak , tak langsung . terima kasih membantu ye kak" , herdik aku dgn sopannya .


" bukan akak la , adik ok "


" oh adik , saya pon adik , baru 7 tahun"


" errrrrrrr......."


tau pon errrrr kat situ , nak keja buat nak keje , jangan sebab masih dlm tanggungan keluarga semua benda lakukan pon macam acuh tak acuh . Bagus hbiskan waktu cuti sekolah dengan bekerja , dedulu aku pon suka buat macam tu ,tpi timba pengalaman betul betul , susahnya cari duit tu dpt dilihat melalui komited kita dalam sesuatu kerja tu . jika kita buat sambil lewa , mananya orang pon pandang rendah kat kau .


Last aku jumpa kedai mak cik mak cik yg peramah , tnya aku nak cari apa , pas aku kata nak cari tudung matching ngan baju purple ni , terus mak cik tu tarik aku gi kedai  dia , er , mungkin terlalu peramah . apapun sebab mak cik tu aku dapat cari tudung tu. sebab aku nak cari tudung je kecoh satu kawasan tempat niaga tu . aku pon tk tahu kenapa . masa ngah pilih tu datang budak kecik pompuan kedai sebelah ;


"abang nak cari tudung ke? macam cantik je macam comel je, sapa nak pakai abang ? kalau abang pakai kan , macam cantik je macam comel je"



aku pon balas ngan berkata "mestilah mak abang , takkan abg plak pkai tudung ni dik , macam macam je , macam macam je ko ni"

lalu tergelak gelak dia terkekeh kekeh , padahal aku cakap cenggitu je , mak cik kedai tu pon turut tergelak sama .

sekarang pon aku heran kenapa ayat macam cantik je macam comel je , dan sewaktu dengannya menular dikalangan masyarakat kala ini . macam bangang je macam bangang je aku rasa , haaha . Mak cik tu pun tersasul jugak cakap :

"kalau anaknya cantik mesti maknya cantik jugak kalau pakai"

aku pon start blur lagi sekali , adakah ini sandawara petang ? aku pon bertanya 

"mak cik , anak dia cantik ? siapa mak cik ? mak saya , saya tau cantik , tp anak dia cantik ? urmm..cam tk kena je tuh"

dia pon gelak berdekah dekah lagi. 

"eh, kalau anak dah handsome macam ni , mak dia mesti cantik , salah cakap plak , amik la , 5 rm 25 mak cik bagi .

lagi sekali aku terkejut beruk . asal tadi 1 tudung rm 25 tapi mak cik ni cakap 5 rm 25 plak ?
aku pon apa lagi .

"mak cik saya beli 5 lah , dah 5 rm 25" balas aku saja nak menduga semula . 

 mak cik tu start gelak lagi , mengenangkan petang tu penuh dengan gelak tawa berlebihan , baik aku cepat cepat beli dan berambus sebelum satu satu set gigi palsu mak cik mak cik area sini semua tercabut disebabkan gelak je .

Sebab aku lapar lagi masa balik tu , aku terus pekena kerang bakar and then lead to cinema nak tengok cite "Hunger games" . Harini aku pecah rekod buat semua sorang sorang sebab semua ajet ajet busy , plus aku malas nak menyusahkan orang , baik aku pegi sendiri , cari sendiri , makan sendiri , wayang sendiri dan balik pon sendiri . haha pecah rekod buat sorang sorang je harini . apa apapun runningman task rini berjaya . Balik pas wayang aku laporkan pembelian pada Datin hasnah . dia betul betul gembira . sok aku kena poskan pembelian tersebut . ok cukup aku membebel harini . ni pon dah macam karangan . hahha . nasib la .







p/s : lepas ni siapa cakap ayat cmnie depan depan aku , secara automatiknya aku akan berikan dorang choki choki satu, tak cukup tumbesaran mungkin .


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK

Saturday, 30 November 2013

Lelaki vs Wanita

ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar, semua ? sihat ? Aku batuk sikit . so semua jejauh sikit takut berjangkit dgn batuk aku ni . haha . dah semua terus tak baca entry ni , tetiba je kan.

Hari ni aku rasakan semua benda yg aku buat lewat , takde yg cepat . buatkan aku rasa pergerakan aku macam ala ala cite matrix evolution yg elak peluru secara perlahan tu , mcm tu la slow motion dia aku pnya pergerakan , tersangatlah perlahan sampai tak dapat digambarkan , masa pulak tak pernah tggu aku , laju je dia jalan . dari kecik lagi beliau gigih berjalan , aku selalu tertinggal . tapi aku pon tk tahu masa ni ada kaki . oke siyes aku rasa tk lawak . Lepas aku bersiap nak pergi tempat yg nak ditujui rini . Dalam panas terik petang tu ,Tetiba ade sorang mamat india bersama geng geng mereka tahan aku ditepi jalan kawasan perumahan , aku pon berfikir sejenak ape salah aku ? adakah memakai cardigan merah membuatkan aku seakan akan seperti lampu isyarat kena berhenti ? memang tk masuk akal , tk perlu nak pikir pun mmg tk logik lalu mamat india ni pon bertanya pada aku .


" Abang , ada lighter tak ? "


perghhh , sekali aku dapat soalan cepu emas dari salah satu anggota mamat india tadi, dalam masa yg sama aku berfikir , apa motif dia tnya soalan camni pada muka budak yg dah sah sah nampak mcm student kot . Dalam hati aku membara je .Lantas aku memberikan isyarat tangan smbil berkata .

" takde bang , muka nampak cam merokok ke bang , tolong sikit "


lantas dia menjawab semula ,


" jangan marah adik, tanya saja deyy "



soalan ke tu ? itu mendatangkan tapak kaki kebibirmu macha ! sambil aku terus meninggalkan geng drama tamil tu , lantas aku terlihat depan aku ada satu lembaga yg saiznya sungguh besar jugalah. Budak sekolah lagi mungkin berambut alleycats , aku mati mati ingat dia laki , tapi bila aku tengok sekali lagi rupanya perempuan , Dan dan tadi sama sama lalu lepas geng mamat india tu , yg si perokok tak diminta lighter , yg tk merokok dimintanya  , apa nak jadi budak zaman sekarang , aku sangkakan wallet dikocek belakang seluarnya tapi rupanya kotak rokok dunhill , kenapa kau merokok dik ? dalam hati aku bertanya . Memang lah incase kalau dia merokok depan aku mmg sepuluh batang add sekali ngan kotak rokok tu tersedia utk disumbat kedalam mulut dia . serius aku tak boleh tgok kaum hawa merokok , tak sesuai ok ! dah sangat jauh aku meraban dah ni , start to the entry harini , so ni pasal lelaki vs perempuan . Biasanya kalau zaman aku sekolah dulu tak kira lah tadika , sampai lah universiti skrg .Lelaki selalu akan mengalami kepupusan kat situ , sikit je aku rasa . sampaikan dulu aku rajin berkawan dgn perempuan daripada laki ( dulu ok ) . Tapi paling kelakar bila masa sekolah rendah , lelaki lelaki akan kemetot dan perempuan seakan akan seperti pemain wrestling , semua besar besar belaka. sampai dulu aku seperti seakan akan dilindungi oleh pihak wanita zaman tadika and sekolah rendah aku . tapi selepas peningkatan usia , mencecah akil baligh dan kematangan , akhirnya segalanya kembali seperti yg normal .


   Proporsi lelaki dan perempuan di atas muka bumi Allah ini selalu diperkatakan sabda rasulullah dan hadith . Aku pun selalu dengar orang bercakap mengenainya .Tapi untuk pernyataan tu nanti kita bincangkan diakhir topik ini jap lagi . Kita selalu dengar orang selalu kata , bilangan perempuan sudah melebihi kaum lelaki sekarang ini . Benarkah pernyataan ini ? Atau ketika mana perkara ini betul ? 


Tapi ini secara menyeluruh..


Mari kita lihat statistik di bawah,pada tahun 2008













Di mana perginya lelaki kalau kurang di pusat-pusat pengajian?

Mari lihat statistik di bawah pula ;



Walau tidak menunjukkan jumlah lelaki beragama Islam , tapi kita boleh fikir di Malaysia kaum Melayu adalah majoriti dan banyak orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam . Jadi boleh fikirlah ke mana perginya lelaki beragama Islam .

Apa yang korang semua kena tahu ;

1) Jumlah lelaki adalah melebihi jumlah perempuan di Malaysia, tidak kira di bandar atau luar bandar.
2) Data (lelaki lebih ramai) tidak pernah berubah dari tahu 1980 hingga 2008.
3) Perempuan melebihi lelaki di IPT bukanlah disebabkan jumlah perempuan di Malaysia.
4) Lelaki tersangat jauh melebihi perempuan dalam penagihan dadah.
5) Lelaki jauh melebihi perempuan dalam pelbagai jenayah dan berkaitan KECUALI pelacuran dan seangkatan.
6) Bukan sahaja di IPT, malah perempuan semakin mendominasi bidang² profesional lain, tetapi ramai lelaki (dan juga perempuan sendiri )akan mengatakan ia disebabkan perempuan lebih ramai dari lelaki di Malaysia.


Kalau di pusat pengajian tu memang tidak dinafikan , kebanyakan pusat pengajian ramai perempuan dalam sesuatu bidang ( kecualilah bidang yang lebih didominasi oleh  jantina tertentu seperti teknikal dan kejuruteraan ,selalu lelaki lah kan )


Jadi, ada yang membuat kesimpulan yang "wanita lebih educated berbanding lelaki."

This is what I wanna testify hari ni ,

Aku rasa, kebanjiran pelajar perempuan di IPT menunjukkan bahawa pelajar perempuan bijak bijak belaka bukanlah satu kenyataan yang tepat . Mungkin ya, mereka "A" students namun aku rasa lelaki pun "A" juga. "A" apa? Jom kita rungkai . Haha , dah macam edisi siasat plak aku rasa . 


Aku rasa, kita harus berbalik kepada apakah definisi "intelligence" dan "success" sendiri. Bagaimana pelajar perempuan mendefinisikannya, dan apa bezanya daripada definisi seorang lelaki. 


Pada pendapat aku, pelajar perempuan lebih cenderung mendefinikan "intelligence" sebagai pintar, pandai, atau bijak dalam pelajaran. Sebab itulah, ramai pelajar perempuan yang rajin-rajin. Mereka mampu nak belajar yo'yo'an, stay up, buat preparation awal dan sebagainya.
Bagi "success" pula, aku berpendapat bahawa, majoriti perempuan mendefinikan "Success" sebagai satu kejayaan, kejayaan untuk mencapai satu taraf pendidikan yang tinggi, dan mendapat satu pekerjaan yang baik. Memiliki keluarga bahagia, menjadi ibu yang baik dan isteri solehah juga mungkin antara kejayaan bagi mereka, tetapi, memandangkan kita berbincang soal IPT jadi yang itu kita tolak ke tepi dahulu .

Bagi lelaki pula, aku berpendapat bahawa terdapat perbezaan dari segi corak pemikiran mereka sekaligus memandang dua kata kunci tadi, iaitu "Intelligence' dan "success" dari satu sudut yang berbeza.

Bagi ramai lelaki, "Intelligence" bermaksud satu kepandaian atau kemahiran. Tak kira, dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, "street smart". Kebijaksaan seseorang dalam menguasai ilmu dalam buku pula dipanggil "book Smart". Lelaki lebih cenderung untuk belajar dari pengalaman dan kehidupan. Sebab itu ramai di antara mereka lebih gemar untuk belajar secara tidak formal berbanding sesi pembelajaran dalam kelas yang formal.

"Success" pula didefinisikan sebagai suatu kejayaan dalam kehidupan. Ia bukan ditentukan oleh sebarang pencapaian, namun, cukup sekadar seseorang itu mampu hidup dengan kesenangan dan kemewahan.

Istilah "street smart" lebih cenderung kepada lelaki.

Dan "book smart" lebih kepada wanita.Sebab itu, ramai perempuan lebih suka untuk duduk di dalam kelas dan belajar, manakala ramai lelaki yang lebih suka keluar menuntut ilmu dari pengalaman, kehidupan dan kegagalan. 

Namun, ketidakhadiran lelaki dalam dewan kuliah tidak bermaksud ramai lelaki akan ketinggalan dari perempuan. Ia tak bermaksud perempuan lebih baik dari lelaki dalam semua aspek. Lihat saja statistik, ramai lelaki yang mampu berjaya, tanpa menghabiskan pembelajaran masing-masing di dewan kuliah. Beberapa contoh yang saya mampu utarakan seperti;


Thomas Edison ; the Founder of General Electric
Henry Ford ; the Founder of Ford Motor Company
Steve Jobs ; the founder of Apple
Bill gates ; the founder of Microsoft
Walt Disney ; the founder of Disneyland
Mark Zuckenberg ; the founder of Facebook
Tan Sri Sheikh Mohtar Al-Bukhary ; the founder of Yayasan Al-Bukhary
dan ramai lagi .


Aku tertanya ada tak perempuan yg pernah buat super awesome achievement like this ? without finishing the school ? I can't name one . Any name ?


Mereka inilah antara lelaki yang walaupun tidak menggenggam segulung ijazah, namun mampu mencapai kejayaan yang luar biasa. They're awesome .They're cool . They're smart and they're always be my inspiration .


As the conclusion, it's not about who's better . It's just they define it differently .

Dan perbezaan inilah yang membuatkan perempuan lebih ramai masuk IPT berbanding lelaki . Berbalik dengan apa yg aku cakap previously dalam sabda rasulullah dan hadith dipermulaan entry harini .

Dalam beberapa perbincangan sering dikemukakan bahawa salah satu tanda datangnya hari kiamat adalah banyak kaum wanita dibandingkan kaum lelaki . Adakah itu memang ada dasarnya atau memang hanya sebuah fenomena demografi kependudukan biasa je yang selalu sgt terjadi dan tidak ada hubungannya dengan kiamat ?


Benar bahawasannya salah satu tanda kecil hari kiamat adalah banyaknya kaum wanita dibandingkan kaum lelaki . 

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ اْلعِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثرَ النِّسَاءُ وَيَقلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُونُ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً القَيِّمُ اْلوَاحِدُ
“Di antara tanda-tanda dekatnya hari Kiamat adalah sedikitnya ilmu (tentang Ad-Din), maharajalelanya kebodohan dan perzinaan, dan sedikitnya kaum laki laki, sehingga lima puluh orang wanita hanya terdapat satu orang pengurus (laki-laki) saja” [HR. Al-Bukhari no. 81 – tartib maktabah sahab, Muslim no. 2671, dan At-Tirmidzi no. 2205].


Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata :

والظاهر أنها علامة محضة لا لسبب آخر بل يقدر الله في آخر الزمان أن يقل من يولد من الذكور ويكثر من يولد من الإناث وكون كثرة النساء من العلامات مناسبة لظهور الجهل ورفع العلم
“Menurut dhahirnya, hal ini merupakan pertanda semata mata, bukan sebab lain. Bahkan Allah mentakdirkan bahwa akhir zaman nanti sedikit sekali orang yang melahirkan anak laki laki dan banyak melahirkan anak perempuan. Dan banyaknya kaum wanita yang merupakan salah satu pertanda telah datangnya hari kiamat itu sangat relevan dengan penularan kebodohan dan dihilangkannya ilmu (tentang Ad-Dien)” [lihat Fathul-Bari oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar 1/179 – penjelasan hadits no. 81].

Selain dari faktor sedikitnya jumlah kelahiran lelaki dibandingkan wanita, hal itu juga disebabkan sebab banyaknya fitnah yang terjadi di akhir jaman seperti banyaknya peperangan. Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan satu hadith yang menunjukkan bahwa banyaknya kaum wanita dan sedikitnya kaum laki laki itu disebabkan perginya kaum laki-laki dan tetap tinggalnya kaum wanita, yaitu kaum laki laki pergi berperang dan kaum wanita tinggal di rumah.

 Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallambersabda :

......وَيَذهَبُ الرجَالُ وَتَبْقَى النِّسَاءُ حَتَّى يَكونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةًً قَيِّمٌ وَاحِدٌ
”....dan pergilah kaum laki laki dan tinggallah kaum wanita, sehingga lima puluh orang wanita hanya terdapat satu orang pengurus (laki laki) saja”.
Kata kata “lima puluh” ini bukanlah sebagai pembatas, namun sebagai bentuk majaz saja yang mengandungi pengertian “banyak”. Dalam hadits Abu Musa radliyallaahu ‘anhu disebutkan :

وَيُرَى الرَّجُلُ اْلوَاحِدُ يَتْبَعُهُ أَربَعُونَ امْرَأَة يَلِذْنَ بِهِ مِنْ قِلَّةِ الرِّجَالِ وَكَثْرَةِ النِّسَاءِ
“Dan seorang laki laki akan diikuti oleh empat puluh orang wanita, yang mereka ingin bersenang senang dengannya” [HR. Muslim no. 1012].

Banyaknya kaum wanita dibanding kaum lelaki merupakan tanda tanda dekatnya hari Kiamat berdasarkan nash yang shahih dari Sunnah Nabawiyyah. Wallaahu a’lam.


p/s : Tunggu sekejap , acewah cam lagu Tan Sri P. Ramlee plak . kalau anda ada sebarang komen atau tak setuju atau nak tambah, anda amat dialu alukan  . It's just my opinion . Anda pula bagaimana ?


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK