Saturday 30 November 2013

Lelaki vs Wanita

ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar, semua ? sihat ? Aku batuk sikit . so semua jejauh sikit takut berjangkit dgn batuk aku ni . haha . dah semua terus tak baca entry ni , tetiba je kan.

Hari ni aku rasakan semua benda yg aku buat lewat , takde yg cepat . buatkan aku rasa pergerakan aku macam ala ala cite matrix evolution yg elak peluru secara perlahan tu , mcm tu la slow motion dia aku pnya pergerakan , tersangatlah perlahan sampai tak dapat digambarkan , masa pulak tak pernah tggu aku , laju je dia jalan . dari kecik lagi beliau gigih berjalan , aku selalu tertinggal . tapi aku pon tk tahu masa ni ada kaki . oke siyes aku rasa tk lawak . Lepas aku bersiap nak pergi tempat yg nak ditujui rini . Dalam panas terik petang tu ,Tetiba ade sorang mamat india bersama geng geng mereka tahan aku ditepi jalan kawasan perumahan , aku pon berfikir sejenak ape salah aku ? adakah memakai cardigan merah membuatkan aku seakan akan seperti lampu isyarat kena berhenti ? memang tk masuk akal , tk perlu nak pikir pun mmg tk logik lalu mamat india ni pon bertanya pada aku .


" Abang , ada lighter tak ? "


perghhh , sekali aku dapat soalan cepu emas dari salah satu anggota mamat india tadi, dalam masa yg sama aku berfikir , apa motif dia tnya soalan camni pada muka budak yg dah sah sah nampak mcm student kot . Dalam hati aku membara je .Lantas aku memberikan isyarat tangan smbil berkata .

" takde bang , muka nampak cam merokok ke bang , tolong sikit "


lantas dia menjawab semula ,


" jangan marah adik, tanya saja deyy "



soalan ke tu ? itu mendatangkan tapak kaki kebibirmu macha ! sambil aku terus meninggalkan geng drama tamil tu , lantas aku terlihat depan aku ada satu lembaga yg saiznya sungguh besar jugalah. Budak sekolah lagi mungkin berambut alleycats , aku mati mati ingat dia laki , tapi bila aku tengok sekali lagi rupanya perempuan , Dan dan tadi sama sama lalu lepas geng mamat india tu , yg si perokok tak diminta lighter , yg tk merokok dimintanya  , apa nak jadi budak zaman sekarang , aku sangkakan wallet dikocek belakang seluarnya tapi rupanya kotak rokok dunhill , kenapa kau merokok dik ? dalam hati aku bertanya . Memang lah incase kalau dia merokok depan aku mmg sepuluh batang add sekali ngan kotak rokok tu tersedia utk disumbat kedalam mulut dia . serius aku tak boleh tgok kaum hawa merokok , tak sesuai ok ! dah sangat jauh aku meraban dah ni , start to the entry harini , so ni pasal lelaki vs perempuan . Biasanya kalau zaman aku sekolah dulu tak kira lah tadika , sampai lah universiti skrg .Lelaki selalu akan mengalami kepupusan kat situ , sikit je aku rasa . sampaikan dulu aku rajin berkawan dgn perempuan daripada laki ( dulu ok ) . Tapi paling kelakar bila masa sekolah rendah , lelaki lelaki akan kemetot dan perempuan seakan akan seperti pemain wrestling , semua besar besar belaka. sampai dulu aku seperti seakan akan dilindungi oleh pihak wanita zaman tadika and sekolah rendah aku . tapi selepas peningkatan usia , mencecah akil baligh dan kematangan , akhirnya segalanya kembali seperti yg normal .


   Proporsi lelaki dan perempuan di atas muka bumi Allah ini selalu diperkatakan sabda rasulullah dan hadith . Aku pun selalu dengar orang bercakap mengenainya .Tapi untuk pernyataan tu nanti kita bincangkan diakhir topik ini jap lagi . Kita selalu dengar orang selalu kata , bilangan perempuan sudah melebihi kaum lelaki sekarang ini . Benarkah pernyataan ini ? Atau ketika mana perkara ini betul ? 


Tapi ini secara menyeluruh..


Mari kita lihat statistik di bawah,pada tahun 2008













Di mana perginya lelaki kalau kurang di pusat-pusat pengajian?

Mari lihat statistik di bawah pula ;



Walau tidak menunjukkan jumlah lelaki beragama Islam , tapi kita boleh fikir di Malaysia kaum Melayu adalah majoriti dan banyak orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam . Jadi boleh fikirlah ke mana perginya lelaki beragama Islam .

Apa yang korang semua kena tahu ;

1) Jumlah lelaki adalah melebihi jumlah perempuan di Malaysia, tidak kira di bandar atau luar bandar.
2) Data (lelaki lebih ramai) tidak pernah berubah dari tahu 1980 hingga 2008.
3) Perempuan melebihi lelaki di IPT bukanlah disebabkan jumlah perempuan di Malaysia.
4) Lelaki tersangat jauh melebihi perempuan dalam penagihan dadah.
5) Lelaki jauh melebihi perempuan dalam pelbagai jenayah dan berkaitan KECUALI pelacuran dan seangkatan.
6) Bukan sahaja di IPT, malah perempuan semakin mendominasi bidang² profesional lain, tetapi ramai lelaki (dan juga perempuan sendiri )akan mengatakan ia disebabkan perempuan lebih ramai dari lelaki di Malaysia.


Kalau di pusat pengajian tu memang tidak dinafikan , kebanyakan pusat pengajian ramai perempuan dalam sesuatu bidang ( kecualilah bidang yang lebih didominasi oleh  jantina tertentu seperti teknikal dan kejuruteraan ,selalu lelaki lah kan )


Jadi, ada yang membuat kesimpulan yang "wanita lebih educated berbanding lelaki."

This is what I wanna testify hari ni ,

Aku rasa, kebanjiran pelajar perempuan di IPT menunjukkan bahawa pelajar perempuan bijak bijak belaka bukanlah satu kenyataan yang tepat . Mungkin ya, mereka "A" students namun aku rasa lelaki pun "A" juga. "A" apa? Jom kita rungkai . Haha , dah macam edisi siasat plak aku rasa . 


Aku rasa, kita harus berbalik kepada apakah definisi "intelligence" dan "success" sendiri. Bagaimana pelajar perempuan mendefinisikannya, dan apa bezanya daripada definisi seorang lelaki. 


Pada pendapat aku, pelajar perempuan lebih cenderung mendefinikan "intelligence" sebagai pintar, pandai, atau bijak dalam pelajaran. Sebab itulah, ramai pelajar perempuan yang rajin-rajin. Mereka mampu nak belajar yo'yo'an, stay up, buat preparation awal dan sebagainya.
Bagi "success" pula, aku berpendapat bahawa, majoriti perempuan mendefinikan "Success" sebagai satu kejayaan, kejayaan untuk mencapai satu taraf pendidikan yang tinggi, dan mendapat satu pekerjaan yang baik. Memiliki keluarga bahagia, menjadi ibu yang baik dan isteri solehah juga mungkin antara kejayaan bagi mereka, tetapi, memandangkan kita berbincang soal IPT jadi yang itu kita tolak ke tepi dahulu .

Bagi lelaki pula, aku berpendapat bahawa terdapat perbezaan dari segi corak pemikiran mereka sekaligus memandang dua kata kunci tadi, iaitu "Intelligence' dan "success" dari satu sudut yang berbeza.

Bagi ramai lelaki, "Intelligence" bermaksud satu kepandaian atau kemahiran. Tak kira, dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, "street smart". Kebijaksaan seseorang dalam menguasai ilmu dalam buku pula dipanggil "book Smart". Lelaki lebih cenderung untuk belajar dari pengalaman dan kehidupan. Sebab itu ramai di antara mereka lebih gemar untuk belajar secara tidak formal berbanding sesi pembelajaran dalam kelas yang formal.

"Success" pula didefinisikan sebagai suatu kejayaan dalam kehidupan. Ia bukan ditentukan oleh sebarang pencapaian, namun, cukup sekadar seseorang itu mampu hidup dengan kesenangan dan kemewahan.

Istilah "street smart" lebih cenderung kepada lelaki.

Dan "book smart" lebih kepada wanita.Sebab itu, ramai perempuan lebih suka untuk duduk di dalam kelas dan belajar, manakala ramai lelaki yang lebih suka keluar menuntut ilmu dari pengalaman, kehidupan dan kegagalan. 

Namun, ketidakhadiran lelaki dalam dewan kuliah tidak bermaksud ramai lelaki akan ketinggalan dari perempuan. Ia tak bermaksud perempuan lebih baik dari lelaki dalam semua aspek. Lihat saja statistik, ramai lelaki yang mampu berjaya, tanpa menghabiskan pembelajaran masing-masing di dewan kuliah. Beberapa contoh yang saya mampu utarakan seperti;


Thomas Edison ; the Founder of General Electric
Henry Ford ; the Founder of Ford Motor Company
Steve Jobs ; the founder of Apple
Bill gates ; the founder of Microsoft
Walt Disney ; the founder of Disneyland
Mark Zuckenberg ; the founder of Facebook
Tan Sri Sheikh Mohtar Al-Bukhary ; the founder of Yayasan Al-Bukhary
dan ramai lagi .


Aku tertanya ada tak perempuan yg pernah buat super awesome achievement like this ? without finishing the school ? I can't name one . Any name ?


Mereka inilah antara lelaki yang walaupun tidak menggenggam segulung ijazah, namun mampu mencapai kejayaan yang luar biasa. They're awesome .They're cool . They're smart and they're always be my inspiration .


As the conclusion, it's not about who's better . It's just they define it differently .

Dan perbezaan inilah yang membuatkan perempuan lebih ramai masuk IPT berbanding lelaki . Berbalik dengan apa yg aku cakap previously dalam sabda rasulullah dan hadith dipermulaan entry harini .

Dalam beberapa perbincangan sering dikemukakan bahawa salah satu tanda datangnya hari kiamat adalah banyak kaum wanita dibandingkan kaum lelaki . Adakah itu memang ada dasarnya atau memang hanya sebuah fenomena demografi kependudukan biasa je yang selalu sgt terjadi dan tidak ada hubungannya dengan kiamat ?


Benar bahawasannya salah satu tanda kecil hari kiamat adalah banyaknya kaum wanita dibandingkan kaum lelaki . 

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ اْلعِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثرَ النِّسَاءُ وَيَقلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُونُ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً القَيِّمُ اْلوَاحِدُ
“Di antara tanda-tanda dekatnya hari Kiamat adalah sedikitnya ilmu (tentang Ad-Din), maharajalelanya kebodohan dan perzinaan, dan sedikitnya kaum laki laki, sehingga lima puluh orang wanita hanya terdapat satu orang pengurus (laki-laki) saja” [HR. Al-Bukhari no. 81 – tartib maktabah sahab, Muslim no. 2671, dan At-Tirmidzi no. 2205].


Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata :

والظاهر أنها علامة محضة لا لسبب آخر بل يقدر الله في آخر الزمان أن يقل من يولد من الذكور ويكثر من يولد من الإناث وكون كثرة النساء من العلامات مناسبة لظهور الجهل ورفع العلم
“Menurut dhahirnya, hal ini merupakan pertanda semata mata, bukan sebab lain. Bahkan Allah mentakdirkan bahwa akhir zaman nanti sedikit sekali orang yang melahirkan anak laki laki dan banyak melahirkan anak perempuan. Dan banyaknya kaum wanita yang merupakan salah satu pertanda telah datangnya hari kiamat itu sangat relevan dengan penularan kebodohan dan dihilangkannya ilmu (tentang Ad-Dien)” [lihat Fathul-Bari oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar 1/179 – penjelasan hadits no. 81].

Selain dari faktor sedikitnya jumlah kelahiran lelaki dibandingkan wanita, hal itu juga disebabkan sebab banyaknya fitnah yang terjadi di akhir jaman seperti banyaknya peperangan. Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan satu hadith yang menunjukkan bahwa banyaknya kaum wanita dan sedikitnya kaum laki laki itu disebabkan perginya kaum laki-laki dan tetap tinggalnya kaum wanita, yaitu kaum laki laki pergi berperang dan kaum wanita tinggal di rumah.

 Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallambersabda :

......وَيَذهَبُ الرجَالُ وَتَبْقَى النِّسَاءُ حَتَّى يَكونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةًً قَيِّمٌ وَاحِدٌ
”....dan pergilah kaum laki laki dan tinggallah kaum wanita, sehingga lima puluh orang wanita hanya terdapat satu orang pengurus (laki laki) saja”.
Kata kata “lima puluh” ini bukanlah sebagai pembatas, namun sebagai bentuk majaz saja yang mengandungi pengertian “banyak”. Dalam hadits Abu Musa radliyallaahu ‘anhu disebutkan :

وَيُرَى الرَّجُلُ اْلوَاحِدُ يَتْبَعُهُ أَربَعُونَ امْرَأَة يَلِذْنَ بِهِ مِنْ قِلَّةِ الرِّجَالِ وَكَثْرَةِ النِّسَاءِ
“Dan seorang laki laki akan diikuti oleh empat puluh orang wanita, yang mereka ingin bersenang senang dengannya” [HR. Muslim no. 1012].

Banyaknya kaum wanita dibanding kaum lelaki merupakan tanda tanda dekatnya hari Kiamat berdasarkan nash yang shahih dari Sunnah Nabawiyyah. Wallaahu a’lam.


p/s : Tunggu sekejap , acewah cam lagu Tan Sri P. Ramlee plak . kalau anda ada sebarang komen atau tak setuju atau nak tambah, anda amat dialu alukan  . It's just my opinion . Anda pula bagaimana ?


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK

Monday 25 November 2013

In those years, my youth


I'm lazy to see the story . What the hell , I just give myself a little time to remember , and then explore their own definitions of outcomes and the real outcomes have much gap. The result is a strange point in time , I began to discover that the outcomes is full of doubt .





     I have always felt that the boys and girls in the end will not come together, because they are too attached and too aware of each other. Nevertheless I still hold a little hope , I hope they will have a trace of a miracle and in love there is a combination . 
"My youth, not a monologue " Anonymous says , but finally he had heard during that extreme lack of confidence and do not want to hear the answer . In fact, I do not understand some shine romance four years , where you can end in such a dispute . I was a sigh of  not convinced, but after all love a person is not necessarily the owner . Because of four years , my friend love story that each day are vibrant . I think they are probably in mind that each occupies a position can not be replaced , even if the combination is not in love , but the meaning of the word combination is indeed so broad.

    Sometimes I think they like to maintain a relationship , perhaps more precious than love into special. No one can expect a world of love, what will change , and then the friendship between two people is perhaps the best word evergreen . I could never understand the taste of four years chasing a girl is , but I believe that he want to record is want to let his hard heart memories . Perhaps, finally, they did together, but remember they used to like each other sometime .

     At last . So , his youth. After silently for their youth also set an annotation. refer to my youth maybe not so crazy, but at least there is so little unusual . I did not enjoy the spirit of the whole irrigation in schoolwork naive , I like to do the things you like to share momentum, I miss setbacks and still have friends in the warm side , I laugh in the face of their favorite girls as nothing for myself, I want to get back on the pitch to win the opponent rather hear cheers the place , I have been ashamed , " flesh is weak " ground abandoned activities, even cocky friends i used as a model of the moment. I really cocky cheeky . No way, this is the youth . if not now, later on maybe it much too late.


     I have had enough , and has been forced to stay in the memories of the past and the situation is actually quite painful .


Note: the feeling of the sweetness grasp in my memories and when i talk about it , my blood flow aggrasively in my arteries !!

Sunday 24 November 2013

Smartphone VS Smart People

ASSALAMUALAIKUM

Selalu kalau pagi akan ada something yang memekak kat telinga aku ,tapi tak ada . aku cuba buka mata sikit dan meraba raba sana sini sebab malas nak bukak mata luas luas , mood macam nak tido lagi je rasa , cuba korang teka selalunya pagi pagi kita akan cari apa lepas bangun ? "jam loceng? " wah, sapa jawab jam loceng tu duduk zaman mana lagi ni ? ok ayat minta kaki kat situ ,haha . sama ada yg canggih ke tak ke , itulah intan payung , itu kumbang , itulah bunga , dan macam macam lagi lah yg diberi nama oleh setiap individu masing masing . bagi aku la ,of course aku akan cari handphone aku dulu  , rupanya bateri handphone aku dah DIE pagi ni , sebab tu tak berbunyi , hahaha . handphone sangat penting bagi aku by checking any important mesej la (promosi dari maxis ke celcom ke yg tk mendatangkan manfaat kpd aku scra automatik akan aku delete sebelum sempat kena view) , sebagai jam tgn kedua aku , received call , dengar lagu ( ni paling aku suka buat ) , emergency matter ke sebab aku dah mmg duduk jauh dari parent sekarang ni kan ? snapping gambar untuk memory simpanan aku . so handphone ni mmg memainkan peranan yg sangat utama sekali , kalau korang macamana ? bangun tu terus cari pasal ke acane ? ke cari makanan terus ? nasi lemak + kopi O ? pergh , mmg sedap pekena pagi pagi kan . Dah merapu ke makanan plak  , baik aku back to the topik , untuk entry kali ni aku nak bgtaw pasal smartphone and jugak smart people . kalau tengok sekali tajuk dia macam faham  , tapi bila nak membezakan , nak bgtaw point point penting dalam entry ni susah jugak . Sapa suruh kau susahkan diri sendiri syuk , hahaha . 

Nak dijadikan cerita  , semalam, dengan sungguh bangganya seorang kawan aku post dekat facebook . Sama ada dia ingin mengundang padah , nahas di timeline pada malam tu aku pun tak tahu . Tapi dah benda tu terlalukan , bacalah dgn hasrat boleh dimanfaatkn , tapi ayat poyo yg keluar dan ayat tu lebih kurang macam ni lah ;

" Salam, weh kekawan, aku sudah pakai no digi sekarang.
Ini nombor baru saya --> 0169042344 ( bukan no sebenar , gila kau nak pamer betul betul kat sini ? ) , 
So, siapa nak tweet, wechat, line , viber , kakao talk ,instagram, add , follow saya tau .

Please add, follow,  semua nie untuk perkembangan lanjut
mengenai diri aku tau korang ;

Facebook : Jefni Hakim
Twitter : @JeffOngbak5
Wechat : JefniSeindahbiasa
Viber & Whassapp : number saya la . 
Instagram : JefniHaHa
Youtube : jefniChannel ( add for subscribe , tp tkde post video pon lagi )
Friendster (baru aktifkan balik ) : JefniHaHambat
Mashable : JefniHakim4450123456789
Hi5 : JefniHakimhi5jomlah

Ada lagi... nanti saya update lagi . Tengah register nie ... "


Takde la sebijik macam nie. Lebih kurang la. Nama pun lain okay ? Tapi yg bikin guwa panas dia bajet dia artis je ? haha . takdelah , cuma nak bgtaw yang skarang ni aku tengok la kan semakin hari semakin ramai pengguna smartphone dan pelan internet. Dengan baucer smartphone yang ends up member aku buat beli handphone ape ntah RM 50 satu , aku rasa kasut lagi mahal dari phone yg kwan aku beli rm  50 je tuh . oleh hal sedemikian rupa , makin ramailah penggunanya akan datang . Bukan mempertikaikan ke apa , aku pengguna smartphone jugak .Tapi lihatkan pada zaman sekarang ni most of the time org pakai smartphone sampai tak ingat dunia , makan kemana , tido ke mana , semua 24 jam dengan handphone , kalau sampai mandi pun phone juga , dah leh wat gantung je kat leher bawak pegi mana mana supaya nnt tak lupa ataupun hilang . 

1) Keperluan
Aku tak sure lah perlu atau tidak untuk berkepit 24 jam dengan internet dan handphone sekali  . What for ? Bukannya internet can do our walking macam Yellow Pages tu . haha Nak update pun, yang betul betul boleh diupdate . So keperluan? I don't think so. Lainlah kau  ada 10,000,000000 followers yang memang nak sangat tahu korang tengah buat apa , makan apa, bangun pukul berapa , dah solat ke belum dah mandi ke dan sebagainya . Tapi kalau semua benda nak post macam hidup kau takda benda lain jugak kau nak buat la kan , lebih kurang sama maksud ngan hidup kau ni no life la kan . Lainlah kalau ada bertrillion peminat kau sendiri  yang desperately nak tengok muka kau yang terbaru kat instagram or else kalau tak tengok nanti mereka akan demam seminggu . meronta ronta ibaratkan cacing kepanasan . Takde kan ?  Kekawan korg aku tahu ada la. Tapi , dorg kisah sangat ker ? Buat biasa biasa sudah .


2) Trend
Yes ! Trend memang being socially active tengah trending sekarang . Kekadang stuck in a situation like this , untuk orang yg selalunya belum ada smartphone la .

Joyah : Hey, lama tak jumpa you senah , susah nak update pasal you sekarang ni , 
what's your twiterrrrrrrr ? I nak follow you .Boleh tau kisah you kan .

Senah : I takde twitterrian lah . Facebookian i ada la.. add la i...nama senah striker, yang gambar dia jersey no 14 tu . Aku kan suka main futsal sekarang .

Joyah : What?! You takde twitterrrrr ? Main futsal ? Laki ke perempuan you ni ? Kampung gila... Tengok handphone ape you pakai sekarang ?

Senah: Nah...ni je aku mampu pakai sekarang .

Joyah : 33sekupang ? OMG !!! So yesterday!!! Tengok I , pakai smartphone okay? sekarang ni smartphone dah murah , rm 50 pon leh dapat lah, senah oiiii !!

Senah: Actually , I don't need to have any smart things, because I'm so smart la Joyah .

Joyah : Huh? Apa you cakap nie ? You carut I ye ?! Tak faham... Tak faham !!! Oh my Gucci !!!

Senah : Oh my prada !!!

Aku    : hahahaa , oh your english !! * tetibe menyelit *

Aku paling tak suka follow trend . Mungkin memang berjiwa ala ala  hipster kot. Bukan apa, aku tak suka hidup aku sesenang diaturkan oleh some advertising agency , or marketting exercutives , ataupun spokeperson yang amat cantik mahupun produk yang amat amat amat berkualiti dan rakan-rakan yang ikut trend ! Tu masa dulu la , yang sekarang ni kalau kau tak mengikuti perkembangan semasa , kau tak ikut mana yg boleh benefitkan kau , kau akan rugi . So be fleksible in any of the situation , tapi jgn kau yg melebih dari dorang sudah . Tu nak makan pelempang free namanya .

3) Media Sosial
Ramai pengguna internet ni, apa yang aku lihat la , mostly untuk socializing kat internet.
Sekejap-sekejap tweet.
Sekejap-sekejap update.

Langkah dua tiga tapak, tweet ; "I dah berada di seberang jalan"

Nak lintas jalan, tweet lagi     ; " Ada kereta, belum boleh melintas..banyaknya kereta hari ni "

Kereta dah takda , tweet lagi  ; "dah takda kereta, Jom kita melintas , (ayat macam street smart, kelakar tul , haha 

Sambil tweet, sambil jalan, KEDEBOOM !! kena langgar dek kereta .

Tweet lagi ,                          ; "i dilanggar kereta .Kereta ni bodoh ke tak nampak i melintas ? mohon retweet sampai pihak polis dan hospital nampak tweet ni untuk bantuan ."

Nak update sangat dengan social media nie pun, bukannya ada apa sangat. Pusing-pusing penuh dengan hashtag yg kaler bebiru tuh , kat twitter ade , facebook pon ada skrg ni , diikuti dengan instagram and keek , macam tak boleh tulis tanpa hastag je , pastu rapatkan plak , terpaksa orang baca mcm budak 3 tahun nak belajar bercakap  ;

Orang lapar...      #lapar , #kebulur , #dimanakahmakanan                                           #manarezekiniepenatdudukberdoa
Orang merungut.. #penat , #ngantuk , #sakithati , #kawantakguna , #mangkukayunpunyabudak
Orang dengar lagu.. #np , #nowplaying , #lagu , #lagusedap #lagulamatapidengarbalikmenggamitmemori
Orang tengok movie.. #nw , #nowwatching , #cinematime , #ceritasedih , #dramatipikal

Yang bajet nak jadi famous kat media sosial pun satu hal. Macam macam dilakukan untuk tarik populariti . Padahal kat luar biasa biasa je , tiada apa yg boleh dibanggakan utk diangkat org yg digelar hotstuff la kononnya .

4) Jimat
Bagi aku sendiri memang jimat pakai pelan internet ni , masa dulu aku pakai BIS iatu plan internet utk Blackberry hanya bayar rm 20 je sebulan for maxis la , dah boleh layari internet dimana mana tanpa henti dan jemu , sampai muntah pon boleh . Dengan tu sebulan dapat save , sebab kalau nak mesej kekawan ke , just whatsapp je , or wechat ke , viber ke or ape ape lagilah , bnyak sgt chat apps sekarang ni sampai aku pon dah naik pening , then kalau nak post update ke pon boleh , carian goggle pon boleh pakai  , kalau sesat maps ada utk membantu dalam apps dia . So nak apa cakap je . semua dah tersedia . Smartphone la katanya .

5) Privasi
Bila dah sibuk sangat bermedia sosial sekarang ni , tengok orang lain tweet , letak moment, update status bukan bukan, tangan pun mulalah gatal nak buat macam tu jugak , sampai ada yg overdo . At the end , bukan orang yang ganggu privasi kita , tapi kita sendiri yang membuka keaibkan diri sendiri . Tu la yang aku lihat sekarang . Dah bangang tambah bangang lagi . Contoh ayat yang aku dapat kenal pasti dari apa aku baca sendiri lah kan ;

" Tadi baru kuar tandas , tapi rasa macam masih berbaki .Masuk balik ar buang balik "

" Kaki ada cagulah , dah berapa lama aku tak potong kuku ni ? "

" Sabar itu sebahagian daripada Iman pictwitter*%#$%&&^&%^" klik link, gambar tak pakai baju . Kebangangan apakah ini ?

" Kenyangnya, buncit perut . Menyesal melantak 5 pinggan tadi * lagi teruk kalau perempuan yg post macam ni*. "

" Sudah pukul 11.23 malam. Masa untuk tidur. Siapa nak ceroboh rumah saya, nak baling molotov ke, nak kemenyankan rumah saya, nak tanam saka depan rumah saya, boleh buat sekarang ."

" Esok nak bangun pagi nak jogging dekat Tasik SekianSekian .@penyamun, @perompak, @perogol semua, please alert, esok I sampai terus operasi ok ."

" YOU ARE SO BEAUTIFUL " walhal girlfriend ada jer kat sebelah . haha .( bagitau terus sudah ) . * mohon terasa sapa yg bebal penah buat tu *

So mana yg selalu buat tu tolong tolong lah stopkan kegampangan ini , sebelum aku rembat korang satu per satu , haha . cakap macam berani nak pukul org . padahal kecut je perut nih , LOL .

6) Versus Other Things
Dari dulu lagi aku tahu banyak kelebihan smartphone ni , kira master tak master mana , cuma aku tau la nak cakap kalau org tanya , tkde lah bodoh sgt kan , but kekadang aku lagi suka to do things in different of way.  Macam , smartphone boleh check suhu badan , kiranya dapat detect kesihatan kita paras macam mana lagi bagus dari dapat log in ke social website je , kalau sakit gi klinik gak , buat post stats boleh buat sihat kembali . Yang aku meraban tadi yg macam kat bawah ni lah . Kalau ada kat pasaran mmg aku beli ni je, tak tukar lain dah .




my handphone

Oke motif sangat ade gambar iphone 6 kat atas ni kan , sebenarnya aku ngah tggu menatang ni keluar , sebab tu aku masih guna smartphone cikai , kumpul je duit dulu , menabung kan amalan mulia, sikit sikit lama lama jadi bukit . tak caya ? tengok belakang rumah kau . Oke yg bekakang rumah tkde bukit mmg dah kena tipu kat situ .

Jangan terkejut pulak , aku start dari darjah 6 dah ade handphone , sebab sampai sekarang terlebih bijak dalam pembelajaran , sikap aku ni . suka explore benda benda baru , sebab dari situlah aku dapat kepuasan , common lah , takkan kau nak lakukan benda yg sama setiap kali dalam hidup ? Dan sebagai antara orang Melayu yang bakal menerajui bangsa berjaya , aku rasa zaman kini pun smartphone dah boleh dijadikan sumber bahan bacaan selain di perpustakaan . Eh, cam ada kena mengena ngan entry lepas , haha .Mana taknya , semua ada dalam phone tu , kau nak cari apa semua ada , tapi jgn cari yg negatif plak oke , rosak pemikiran kau nanti dek kebodohan kau sendiri . Kemudahan kena guna , tapi kemudahan bukan untuk disalah gunakan , please do remember ok .Sesetengah orang tak suka membaca by phone , dia nk buku jgak , takda masalah janji amalan membaca terus menular dikalangan masyarakat kita .Tapi aku rasa membaca by book lagi best kot , Bukan apa, nampak educated sikit bila baca kat public kan? Nampak bijak sikit. haha . cam gampang je ! Untuk blogging pun, aku prefer guna laptop HP aku nih , bapak sedap menaip , laju je  , sebab tu aku sayang lappy aku ni . Dan sebab tu jugaklah entry aku sekarang ni semua panjang panjang , letih nak membaca kan ? belum tentu sempat baca rini , esok sambung baca plak . Dah macam ada episod aku rasa . 

Tuntasnya , amboi macam buat karangan aku rasa , dalam kemajuan globalisasi skrg ni , penggunaan smartphone dikalangan masyarakat semakin bertambah seiring dgn pertambahan kemajuan gadjet perhubungan saban hari tak jemu jemu ada model baru . Bagi aku smartphone ngan plan internet ni mmg betul betul penting dalam kehidupan aku , org kata jgn penting smpai apa pun tak buat , menghadap benda tu je tak boleh jugak .
By the way, memasing ada pendapat dan minat tersendiri . Jangan prejudis sangat la kan . Ramai orang kisah pasal Smartphone, ada lagi tak orang yang kisah whether they are smart enough ?
Macamana nak jadikan diri se smart seperti smarphone anda ? ingat , kau kena bijak dalam mengatur sesuatu perkara , bukan anda diatur sampai terjerumus dalam perkara tersebut .Macam atuk aku ni cakap ;




tak nak manusia yg bodoh sebab technology , kita yg cipta ia, seharusnya kita lebih pandai dari apa yg kita invented . pandai mengatur mana yg baik , mana yg boleh dilakukan , mana yg memberi manfaat dan mana yg membinasakan .

P/S : akan datang sebab social website yg sibuk duk ada butang follow or add , keluar plak lagu hitz terkini macam  , "Follow Me Maybe" , "Add Me Maybe" , "email Me Maybe"  dan akhir sekali " Lempang Me Maybe " , hahaha .



TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK

Thursday 21 November 2013

Library a.k.a Perpustakaan

ASSALAMUALAIKUM

Seringkali kalau orang cakap budak budak rajin , bijak dan pandai ni mesti ada kaitan dengan tempat yg tak asing lagi iaitu library . Aku pun tak tahu dari mana petua dorang pakai . Kalau nak rasa acah acah pandai duduk la library . haha . siyes memang takleh terima dengan statement tu . kalau aku sendri dengar ade org ckap cmtu depan aku , dengan automatiknya buku Engineering mathematics yg ade 2 jilid ni aku lempar muka dia , tetibe je emo . hahaha . Back to story . Actually dari zaman sekolah rendah sampai menengah aku memang suka ngan library ni . Tempat dia tenang dan sunyi . Macam aku rasa dulu dulu kan pasal library ni nie tempat budak budak nerd melepak. Walaupun aku di gelar nerd dulu atas sebab minat buku, dah tu aku pedulik ape , okelah tuh dari aku minat dadah ke ape  ,tapi entahlah.  Masa satu masa dulu , aku memang benci la duduk kat library ni . The smell, the look , books, peraturan dia semua aku tak minat. Well , what do you expect ?! Aku ni dah la jenis budak yang memang loud and fun . Dalam library plak penuh sign jari yang dekat mulut tu . Pastu bila bising sikit, nanti ada la mata mata memerhati macam aku buat salah laku pembunuhan , bisikan mengumpat bertalu-talu, takpun kena sound direct baik punye. Hm.. Bosan ! Tapi aku yg dlu bukanlah yg sekarang ,aku penah fikir hal itu sekali je dalam satu masa dan tup tup , segalanya berubah . People changed , but past not .

Dalam banyak banyak aku tengok la, kenapa org selalu pergi library nih ;

Alternatif untuk Melepak 
KMPh  Library
Sambil tunggu next class dalam lingkungkan sejam or 2 jam lamanya , maka tak salah lagi library jadi hostel sementara bagi student yg sangat smart ni .haha . Termasuklah aku . Dan pada masa tulah borak tak ingat dunia . Jumpe membe membe yg turut tggu next class tengah melepak , pastu lepak sesama. Dah bukak warung kedai kopi dah aku tengok . Yang lain gunakan masa tuk pinjam buku untuk buat alas tido mengantikan bantal di hostel , eh takde lah . haha . Paling common dorg buat baca newsaper tapi tengok tengok bahagian hiburan , isu semasa baca ke tidak tuh, takpun berborak dekat sofa yang disediakan , paling teruk tido situ .hahaa . Buku ? Remained untouched . Sebab beg kat luar . Yang masuk badan je . Bagusnya pelajar Universiti zaman kini . LOL .

Cinta Monyet/Kera/Lontong dan sewaktu dengannya
Unikl MIAT Library
Dekat library sekolah jugaklah first time cinta berputik kononnya . Hahahaha. Cinta monyet je ni aku rasa . Ala, memang kalau lelaki tengok perempuan baca buku ala ala lelayu , cun , sopan , pendek kata macam perempuan melayu terakhirlah , mula melting macam aiskrim kena jemur bawah matahari . Lagi lagi bila drama selak buku kat rak tengok tengok dicelah celah tersebut nampak gadis comel/cantik juga tengah belek buku .Mak aih masa tu rasa macam slot samarinda , pastu episode bersambung .  haha . Nasihat guwalah kan , jgn jatuh cinta kat library , nanti akan dtg library ni jadi tempat dating sedunia plak . Buku kemana , pelajaran kemana . Macam aku dulu dulu . jahat tak ? jgn ikut ok adik adik semua.

Free Cyber Cafe
Masa Matrikulasi dulu , aku memang kaki library. Kenapa? Firstly, library Matrik aku memang nampak sangat sangat grand dari university aku sekarang . Kalau duduk dekat library, mahupun cuma cakap “aku nak pergi library” pun dah nampak macam educated gila. Tapi sebenarnya, aku selalu pergi library sebab ada IT Centre. Aku time awal-awal bulan matrik memang takda laptop sampai tengah tengah sem baru akak aku bagi laptop . So kalau nak online, memang aku pergi IT Centre. Jadi, terpacaklah aku dekat IT Centre tu seringkali , muka dah wanted . Free pun free. Tak payah bayar. Kau ingat ada org nak bagi pakai internet free ? semua dalam dunia ni kena bayar oke . Buang air pon kena bayar . Tapi pas aku dpt laptop , free wifi pon dah sedia ada kat asrama .So masa tu jarang sikit aku gi library . Tu pon kalau ade buku nak pnjam or discussion ngan dak kelas . Baru aku pergi menjengah .
Nampak tak kehampehan dia kat situ . haha .

Assignment / Exam / Test 
Masa degree, selalu jugaklah aku singgah library sebab nak study (mata ke atas, tangan di dada ). Well, engineering student memang rajin lepak library untuk study ok. Jadi, pantang ada masa senggang sikit, berduyunlah yang nak ke sana. Lagi lagi kalau dekat nak test  mahupun exam. Tapi memang ada budak jenis yang tak kira test dekat ke jauh ke sentiasa terpacak dekat library tu, walaupun  lepas kelas takpun in between of the classes . Kalau bagi aku , selalunya kalau ada assignment ke apa ke , kalau yg tk dapat cari info lain mmg akan aku search cari buku kat library . Kadang kadang tu , jawapan dia dah ade kat sana . Pensyarah amik soalan dari situ jugak pon . So senang keje sikit . Nampak tak permainan dia kat situ ? haha

Study Group
Library jugaklah tempat di mana aku baru kenal dengan “study group”. It happened di suatu petang petang masa aku belajar kat matrik di mana kitorang kena buat satu group work pasal subjek biologi , ni pasal spesifikasi and functions struktur cell. Disebabkan itu jugalah kitorang tubuhkan study group utk belajar sesama and pada waktu tu kitorang terpaksa booking bilik discussion untuk bincang sal kerja kursus ni . Oleh kerana ada beberapa orang lain yang nak study, so kitorang pun decide nak bincang bersama sama. Sekali dan start tu , sekepala lah pulak . Memang fun tapi berkesan. Aku pun memang jenis orang yang belajar tak boleh tension. Kalau tension, mesti jammed !! Disebabkan itulah , kami semua decided untuk terus tubuhkan satu study group ! Yeah!! And the group was awesome !! Super duper awesome!! Sekarang apa jadi dekat group tu ye ? semua dah amik haluan masing masing dengan Universiti pilihan mereka . Alhamdulillah .

Broadband / Wifi yang siput sedut 
Sekarang, aku suka lepak library sebab dia ada wifi. Best apa surf internet dekat library. Kerusi pun comfy, ada aircond, laju pun laju tapi depends pada keadaan jugak la. Jadi kalau aku ada kerja ke kekadang aku mmg suka buat dekat library. Kalau bosan tu aku selalu cari tempat-tempat open jugaklah. Tapi yang penting, library selalu mendatangkan mood kat aku. Yelah, bila tengah buat kerja, then pandang sekeliling, semua orang buat kerja. Jadi susah sikitlah nak distracted. Walaupun akhirnya duduk berejam mata stucked dekat blog + facebook + twitter jer, tapi selalunya kerja tu akan progress sedikit laju berbanding melepak somewhere else terutama atas katil , yg tu mmg bikin tido , haha . Bila time dah nak exam pun, sentiasa bersemangat bila tengok orang sekeliling kita sibuk belajar. Tapi kadang-kadang tension jer ada lah jugak . Nak acah acah rajin hakikat agak malas disitu . Tapi tabiat aku adalah agak suka study last minutes . Sebab aku rasa tu paling mujarab bagi aku, yg terasa cara ni poyo dan gedik jgn ikut ok , nanti bahana result kau . Tapi bagi aku of course la study dgn cara yg betul is the most effective way . Maksudnya study awal awal spya nanti tak panik tak dapat cover banyak benda lagi nak masuk semua dalam otak , boleh ditimpa musibah kat situ aku rasa  . Tak ke gitu ? 

Activity lain lain
Masa aku kat matrik dulu , tang library ni selalu ada je aktiviti menarik . Dan satu yg menjadi tarikan aku adalah derma darah . Sebab aku rasa aktiviti ni paling meriah . Masa tu la akan ada beratur panjang ala ala macam nak audition Akademi fantasia aku rasa . Kalau ade darah tak compatible or badan tak sesuai untuk menderma darah ritu mesti fefeeling kuciwa mcm tk dpt masuk peringkat seterusnya kan . haha . Aku plak jenis suka benda benda cmni . Sampai masa dlu aku suka pergi interview masa aku belajar kat matrik . Salah satunya adalah interview for SPA .Orang kata semua tu pengalaman . Dan aku rasa tak membazir aku menunggu walaupun dapat atau tak dapat untuk interview tu . Hari tu dengan segala daya aku ajak jugak roomates aku Akim utk sama sama menabur jasa .

Akim :Aku tak nak derma darah la, hari hari aku derma darah sejak aku duduk matrik ni .
Aku : Sejak bila matrik ni buat derma darah hari hari , kau ni berjasa la sikit untuk yg memerlukan  .
Akim : Aku dah berjasa kot derma hari hari , sebab tu aku tak nak dah derma .Kalau kumpul kumpul mmg dah bergelon gelon kot .
Aku : Bila masa ? berjasa pada sapa ? kau ni nak gi ke tak nak ? jom ar . Library depan hostel kita je kot .
Akim : Pada nyamuk la , hari hari aku derma darah kat dia . Baik tak aku ?
Aku :&^&^%$#@!# 

Tak larat dengar aku membebel . Dia pun terpaksa ikut aku pegi juga. haha . Kejam gila aku . Tapi time masa dia kena test tak lepas untuk derma darah . Muka dia mcm org baru lepas menang acara lumba lari beritma . Sakit gila hati tgok muka dia sambil menyakat nyakat aku sambil berkata " Orang berjasa hari hari tak sama dengan org yg baru nak berjasa hari ni "

Geram gila aku , rasa nak seligi je dia biar bersembur sembur darah kat situ , just suruh nurse tu tadah je . Senang kerja . LOL .

Projek Nilam Bakti
Dulu time sekolah kebangsaan ,ada projek yg mana semua pelajar kena tulis ringkasan buku yg ada kat library sama ada sains fiksyen ke atau buku tentang apa saja kena ringkaskan dalam buku tu , nama projek tu Nilam Bakti tak salah aku lah , and masa buat karangan aku selalu masukkan pasal “perpustakaan mini di rumah”. “Bagaimana mahu memupuk budaya membaca”. Standard sangat. Sampai satu ekar aku tulis benda yang sama. Bila pergi rumah aku ,Takda pulak perpustakaan. Buku banyak kat rumah aku , tapi merata rata tempat . Yang aku tahu meja study aku dah macam library, semua ada atas tu , rak buku pun sama , masa tu rasa macam fleksible sgt , sebab apa ? takyah nak sibuk sibuk bergerak nak ambil buku . Tapi mungkin nanti aku boleh susun semua buku tu atas rak yang besar supaya kelihatan seperti anak tuan rumah tu educated.Tup tup mak aku dah beli rak buku besar bapak tuk susun semua buku tu. Suka aku . Bukan apa, ada banyak faedah kalau semuanya disusun setempat, seperti ;


  • Senang nak cari. Kalau boleh susun ikut genre dan abjad .
  • Boleh tengok koleksi mana yang masih belum lengkap . Bagi yg komik tu boleh tau sangat lah kan .
  • Boleh tau buku mana yang orang pinjam buat harta sampai ke hari ini masih hilang .
  • Kalau nak ambil gambar tak payah pinjam studio punya backdrop rak buku fake tuh , boleh guna kat rumah punya . Lagi real .


Kesimpulannya ,  aku rasa library / perpustakaan / pusat sumber nie sebenarnya memainkan peranan dan antara latar tempat yang penting dalam kehidupan kita. Cuma selama ni aku pun tak perasan. Tapi sekarang guwa dah perasan beb ! lu orang bila lagi ? haha . Korang ada citer menarik kat library tak ? Share lah sikit . Macam penah jumpa momok ke ? atau kak limah sesat balik kampung termasuk ke library sekolah korang ke ? haha . ok ni tak lawak . seram ok . bye . Jangan biarkan misteri menyelubungi diri anda .



p/s : Kalau dulu rumah aku ada perpustakaan/Library aku rasa semuanya koleksi buku buku komik dan majalah majalah hiburan and novel english jugak melayu . Buku ilmiah ? satu rak je maybe , hahaha .


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK