ASSALAMUALAIKUM
Semalam aku dikejutkan oleh berita dari kawan aku , pagi pagi lagi dah dapat mesej bikin guwa sakit jantung . Nasib guwa bangun tak berapa nak awal sangat ,kalau awal guwa bangun , dah lama guwa tidur balik lu tau sebelum mesej sempat kena view . so aku tengok apa yg dimesejnya , nasib bukan mesej dari celcom atau maxis dan mana mana mesej layang dari bank juga sebagainya . kalau tak dah lama kena bakar dengan aku . bajet je nak bakar phone sendiri . memang tak la kan . ok lupa lak tadi , sampai mana ? sampai view tu kan , pastuh aku view la mesej kawan aku tu , nama dia Bedah a.k.a CT katanya . Ok gerenti dia akan baling aku ngan terompah dia kalau tau aku tulis nama antik dia dalam blog aku nih . haha . ah pedulik ! hehe . Dulu aku selalu sakat dengan ayat cenggini ;
" Bedah bila kau nak kena bedah ? "
sampai sekarang masih berbekas ayat tu kat dia , kesian dia . hehe . kuar je mesej on my handphone screen , dia gitau aku bahawasanya ;
Bedah : Salam syuk , hari ni aku gi kenduri kahwin Aini , kau kat mana ni ? Tak balik ke ?
Aku : Aku ada kay L la . Kau kat mana ? Kenduri aini ? haaaa?? !!!!
Bedah : Takyah KAYYLLLLL sangatlahkan . aku kat kenduri kahwin aini la ni , kau napa tak datang ?
Aku : Aini tak ajak pon , macamana aku nak datang , kejam giler . Kad jemputan pon aku tak dapat .
Bedah : yeke ? haha . padan muka kau !
Aku : Vungukss , untung la makan nasi minyak , kau bila lagi ? eh , nanti kirim salam kat aini , cakap kat dia "selamat pengantin baru" .
Bedah : haha , sapa cakap aini yg kahwin . abang dia la kahwin , hahahahaahahahaa .
Aku : siotttttttttt je !! kurang ajar prank aku .
Bedah : hahaha , wehehehe , nah gambar kenangan .
pastuh sebab nak wat aku jeles dia sent aku 3 keping gambar . Kitorang memang best friend . Nazri , bedah dan aini . sama sama duduk diperumahan berdekatan , petang petang kalau dh lepas balik sekolah dedulu mesti pi pekena ABC sesama . sampai mak cik tu pon dah tau kitorang ni memang segeng . paling teruk kena sakat dulu bedah lah . haha . Lucu teringatkan zaman dulu . Tapi semua dah berlalu . Tapi aku selalu ingat mereka , pengorbanan mereka terhadap sesuatu yg digelar sahabat . Suka tawa tangis bersama .
Lepas tu kitorang dah start merepek merepek lah , yg chat chat lain tu tak perlu kot aku masukkan kan dalam ni . Straight lepas aku berchit chat ngan kawan baik aku tuh , tetiba Datin Hasnah call aku . Wahhh . terus aku excited nak jawab . Kepada yg tak tahu aku suka pnggil mak aku dgn nama datin atas dasar menyakat kat situ . Jahat tak aku ? bukan jahat oke , tapi nakal . aku suka bergurau gurau dgn family aku . Tapi gurauan yg tk mendatangkan kaki dimuka ok , tidak sesia je kau melawak tapi sakit kau dapat .
Datin hasnah pon mula berbicara ;
DATIN : 21 hb ni ada kenduri kahwin kat Perak . Nanti mak nak pegi .
AKU : kenduri siapa mak ? rajin mak pegi kenduri . hehe .
DATIN : kenduri sepupu aciklah , tak balik ke sesama gi kenduri jom .
AKU : sibuklah datin , banyak projek kena setelkan .
DATIN : mengalahkan PM lagi , ok , takpe kalau tak nak pergi. Ni tolong carikan mak baju kurung kaler purple sekali ngan tudung .Nanti mak nak gi kenduri perak malas pakai baju lama .
AKU : amboiihh , Bereh datin . roger and out .
pagi pagi aku dah dapat task dari Datin Hasnah untuk shoppingkan dia baju . dah macam cite runningman dah aku rasa . aku kena setelkan task ni , dan lokasi aku adalah di masjid jamek .tu je lah aku tau tempat nak beli baju pon . dengan sepantas kilatnya . cewah rini pntas plak , kekonon lah . Sampainya aku kat lrt masjid jamek tu aku terus cari kedai makan berdekatan sebab perut aku dah macam main music simfoni gemelan , hardrock , semua campur bikin guwa rasa nak pekena makanan cepat cepat , sampai je kat tmpt makan port terbaik tu aku terus landing baik punya and terus order nasi goreng USA dan jugak carrot susu . Sambil tggu tggu tu aku terpikir macaman lah nasi goreng USA tu nama dia boleh terwujud , Search kat internet hari ni baru tau asal usul American Fried Rice. Sumber dari wikipedia. Mengikut Wikipedia, Nasi Goreng USA ni diperkenalkan semasa Perang Vietnam . Hidangan ini di sajikan kepada Tentera Marin dan Udara Amerika di Thailand . Asalnya Nasi Goreng USA ni ialah Nasi Goreng yang di hidangkan dengan hidangan sampingan barat seperti sosej, ham, telur goreng, ayam goreng etc . aku rasa tak patut Nasi Goreng di kekalkan dengan nama USA. Kenapa tak letak nama lain sebab di Malaysia rasanya hidangan ni dah pun di Inovasikan . contohnya boleh je nak letak nama Nasi Goreng DMC aka Daging Masak Campur? atau Nasi Goreng Kita (US) ? Nasi Goreng 1 Malaysia ke ? haha . Atau apa apa nama lah yang tak mengagungkan America yang bekas presidennya telah memusnahkan sebuah negara Islam Arab dan membunuh kejam Presiden Iraq pada Hari Raya Korban ? Ok tetiba aku cakap sal benda benda cmni . tukar topik .
pas je selesai aku makan ,aku teus gi survey utk datin hasnah punya order , belanja mak sendiri sekali sekala takda hal kan . Datin selalu marah marah aku sebab aku selalu bazirkan duit beli baju , sampai almari kat bilik aku dah penuh macam bilik duduk sepuluh orang , ok sangat over kat situ . so cara dia selesaikan masalah aku . baju baru beli dah pakai sebulan dua bawak balik and then baju lama gi angkut plak , supaya kelihatan baru plak . aku gelakkan je . tersenyum mendengar idea datin yg bernas lagi bijaksana .
Lepas round area masjid jamek macam org separuh gila , baru jumpa kedai yg ideal utk aku beli baju mak aku . Lepas tawar harga aku dpt harga baik punya , nasib aku mmg baik . save poket aku . haha . tapi tang cari tudung tuh plak nak matchingkan dgn baju rasa macam nak mereng seketika . Aku dah kelihatan mcm org tk betul ritu , banyak sgt kedai tudung , sekarang baru aku tau kenapa perempuan dia jadi gila masa shopping , haha . gila nak buat pilihan , gila nak amik kaler apa . gila dengan segalanya . Masa aku duk toya tgok tgok tudung semua mata memandang aku seakan akan aku lakukan salah laku perompakan . lepas aku pikir pikir , ye la kan . aku lelaki tapi duk membeli barangan perempuan . so kenapa ? aku beli untuk mak aku . tolong la org zaman sekarang nih , minded jgn closed sgt.
sampai ke kedai tudung yg ada budak budak muda jaga kedai tudung , sorry to say . dorang bekerja memang malas . tambah lagi no any sense of fashion . so lame la girls , please dont show me your weakness .
dia tanya aku "Nak tudung matching ngan baju purple ni ke ?"
"a ah, baju tu purple ada bunga bunga hitam sikit " , balas aku
pastu dia bagi aku tudung kaler merah jambu , pastu kasik hitam ngan oren , aku rasa kalau ada tukul kat tangan aku dah lama kena sedebik ngan aku .
" Ni matching ke kak ? sorrylah kak , tak langsung . terima kasih membantu ye kak" , herdik aku dgn sopannya .
" bukan akak la , adik ok "
" oh adik , saya pon adik , baru 7 tahun"
" errrrrrrr......."
tau pon errrrr kat situ , nak keja buat nak keje , jangan sebab masih dlm tanggungan keluarga semua benda lakukan pon macam acuh tak acuh . Bagus hbiskan waktu cuti sekolah dengan bekerja , dedulu aku pon suka buat macam tu ,tpi timba pengalaman betul betul , susahnya cari duit tu dpt dilihat melalui komited kita dalam sesuatu kerja tu . jika kita buat sambil lewa , mananya orang pon pandang rendah kat kau .
Last aku jumpa kedai mak cik mak cik yg peramah , tnya aku nak cari apa , pas aku kata nak cari tudung matching ngan baju purple ni , terus mak cik tu tarik aku gi kedai dia , er , mungkin terlalu peramah . apapun sebab mak cik tu aku dapat cari tudung tu. sebab aku nak cari tudung je kecoh satu kawasan tempat niaga tu . aku pon tk tahu kenapa . masa ngah pilih tu datang budak kecik pompuan kedai sebelah ;
"abang nak cari tudung ke? macam cantik je macam comel je, sapa nak pakai abang ? kalau abang pakai kan , macam cantik je macam comel je"
aku pon balas ngan berkata "mestilah mak abang , takkan abg plak pkai tudung ni dik , macam macam je , macam macam je ko ni"
lalu tergelak gelak dia terkekeh kekeh , padahal aku cakap cenggitu je , mak cik kedai tu pon turut tergelak sama .
sekarang pon aku heran kenapa ayat macam cantik je macam comel je , dan sewaktu dengannya menular dikalangan masyarakat kala ini . macam bangang je macam bangang je aku rasa , haaha . Mak cik tu pun tersasul jugak cakap :
"kalau anaknya cantik mesti maknya cantik jugak kalau pakai"
aku pon start blur lagi sekali , adakah ini sandawara petang ? aku pon bertanya
"mak cik , anak dia cantik ? siapa mak cik ? mak saya , saya tau cantik , tp anak dia cantik ? urmm..cam tk kena je tuh"
dia pon gelak berdekah dekah lagi.
"eh, kalau anak dah handsome macam ni , mak dia mesti cantik , salah cakap plak , amik la , 5 rm 25 mak cik bagi .
lagi sekali aku terkejut beruk . asal tadi 1 tudung rm 25 tapi mak cik ni cakap 5 rm 25 plak ?
aku pon apa lagi .
"mak cik saya beli 5 lah , dah 5 rm 25" balas aku saja nak menduga semula .
mak cik tu start gelak lagi , mengenangkan petang tu penuh dengan gelak tawa berlebihan , baik aku cepat cepat beli dan berambus sebelum satu satu set gigi palsu mak cik mak cik area sini semua tercabut disebabkan gelak je .
Sebab aku lapar lagi masa balik tu , aku terus pekena kerang bakar and then lead to cinema nak tengok cite "Hunger games" . Harini aku pecah rekod buat semua sorang sorang sebab semua ajet ajet busy , plus aku malas nak menyusahkan orang , baik aku pegi sendiri , cari sendiri , makan sendiri , wayang sendiri dan balik pon sendiri . haha pecah rekod buat sorang sorang je harini . apa apapun runningman task rini berjaya . Balik pas wayang aku laporkan pembelian pada Datin hasnah . dia betul betul gembira . sok aku kena poskan pembelian tersebut . ok cukup aku membebel harini . ni pon dah macam karangan . hahha . nasib la .
p/s : lepas ni siapa cakap ayat cmnie depan depan aku , secara automatiknya aku akan berikan dorang choki choki satu, tak cukup tumbesaran mungkin .
TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUH4MAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK