Saturday, 20 April 2013

Gwiyomi 1 2 3 4 5 6

ASSALAMUALAIKUM


Dah lama tak update blog , sampai dah bersawang dan tak ceria aku tengok blog aku ni , kurang seri . ibarat kalau bilik kat rumah korang tu , korang tinggalkan untuk 20 tahun , pastu korang bukak balik tengok . Dapat gambarkan tak ? macam mana keadaan dia sampai aku pun takleh nak pikir sama ada aku nak masuk atau aku terus bakar je bilik tu , mana tau ada something scary dalam bilik tu lepas 20 tahun tiada berpenghuni , Hantu kak limah ke ? kum kum ke ? ponti anak langsuir ke ? ok tetiba seram lak , gile  ! haha , please jangan fikir yang tak logik sangat kalau tetiba bukak bukak pintu tetiba ada Beyonce ke Aaron Aziz ke dalam tu plak .Memang tak akan ada pon . Hakikatnya mesti korang tak ambik kesah pon dalam hal aku ni, paling baik pun korang akan cakap ayat ayat ala gegedik camni "ade aku kesah" , "it's not my problem dude/bro " , whatever !! " . Dan jawapan aku simple je atas topik pada hari ini , aku buat cenggini je ngan korang pastu setel .

Back to the topic , Macam biasa la orang update blog mesti ada something yang buatkan mereka nak bercerita kat situ , aku pun termasuk jugak la golongan yang suka pok pek pok pek pasal benda benda yang macam tah hape hape untuk di ceritakan . Cerita dia macam ni ,kadang kadang aku pelik jugak la kan , zaman sekarang ni mudah betul orang terpengaruh dengan satu satu benda , yang sekarang ni bila aku bukak facebook, ada saja video Gwiyomi/Kiyomi yang orang share. Membuatkan tetiba, gwiyomi fever pun melanda dunia blog . Dunia Youtube . Dunia Keek . Dan tak lepas Dunia Anita . oke yang last tu takde kena mengena . 

Sampai ada yang share video orang , Ada yang share video sendiri , ada yang buat dokumentari gwiyomi ( yang ni paling takleh blah ),  ada yang anti gwiyomi dari hujung kuku kaki ke hujung helai rambut ,dan sebagainya. First time aku tengok gwiyomi nie dalam Strong Heart di mana ramai artis Kpop buat gwiyomi tuh . Waktu tu seingat aku kat facebook orang belum duk sibuk ber-gwiyomi lagi . tapi orang sibuk cakap pong pang pong pang pasal politik. Thanks gak la pada gwiyomi punya sindrom ni , PRU fever cool down sikit daripada kecoh kecoh. Haha . hakikat sebenarnya aku mmg tak suka sangat berpolitik ni . Sebab bukan jiwa guwa kut . takleh masuk . Sebab tu aku dapat A- bagi subjek pengajian malaysia kat universiti . 

Pada aku , bebenda viral nie memang tak best. Lagi-lagi negara orang punya .
Terasa loser sangat bila terfikir kenapa orang negara aku tak terfikir nak invent bebenda viral macam nie . Orang Malaysia nie tak kreatif ker? Takkan reti berpolitik jer kot ? Oh my Malaysia  . please .

*sentap sendiri*

Nak ikutkan ada jer iklan iklan yang viral. Cuma viral kat Malaysia jer la . Belum lagi sampai International . Setakat usop wilcha ritu oke kot , bahang juga aku rasa . tapi aku rasa belum masanya lagi . To make Malaysians not feeling so loser for not making anything viral ,
aku sebagai perdana menteri di barisan pencadang , mencadangkan bahawa..


sesedap dia nak bakar blog aku 

rakyat Malaysia reramai buat video. hahaha . perasan jadi menteri kat situ . tak ade rupa menteri langsung . Lepas ni ramai plak buat video atas saranan aku ni . Start plak viral orang buat video sana sini . Tapi tolonglah jangan buat video memalukan diri sendiri macam kapel 2 minggu ke ? video pengakuan cinta ke ? video porno sendiri ke ( ni kalau aku jumpa org ni depan depan aku perembat dia sampai lunyai , takde keje langsung ) dan yg tak sepatutnya lah . Aku tak membebel kat sini pun korang boleh pikir sendiri kan ape dia . Jangan letakkan mentaliti kita di paras kelemasan dek terikutkan nafsu , hati , populariti , hasutan orang lain sebab semua tu tak kekal lama . aku paling tak boleh blah kalau hal macam ni jadi viral remaja sekarang  . Sebab tu media sosial ni sebenarnya memainkan peranan penting , dalam menyedarkan , dan dalam menangani masalah ni . Supaya tidak rosal akhlak mereka terutama sekali yg beragama islam  . Akhlak kalau tak dijaga , akan runtuhkan seseorang muslim itu . tapi media massa juga melalui sosial website , applikasi sosial telah menunjukkan kelemahan sesuatu individu itu sendiri bila mereka gunakan dengan jalan yang salah .

* tetiba jadi ustaq tak bertauliah kejap *

dah besar panjang dah siti sifir , Along je macam tu jugak , haha 


Cite pasal gwiyomi ni teringat masa zaman dulu dulu , aceceh , macam aku ni dah tua sangat je  , ingat lagi tak dengan LAGU SIFIR COMEL MACAM SITI SIFIR ALONG TU ? dengar rhythm dia sekali. Epik kot. Aku ingat sampai sekarang... 1x2=2 , 3x2=6...


Sudahlah comel, berfaedah plak tu . Dapat jugak menghafal sifir. Dah tua bangka nie sifir selalu kantoi... ye la dah boleh pakai kalkulator sekarang 1 x 1  pun nak tekan kalkulator. Nampak tak kebingaian dia kat situ . zaman kekanak dulu aku suka la tengok , time zaman sekarang bagi kat anak buah aku . Macam takda perasaan . Bila lagu oppa gangnam style , dia punya gelek tak hengat . Berat betul kalau aku fikirkan zaman dulu dgn yg sekarang . Begitu banyak kelainan dia kat situ . Sampai aku kadang kadang gelengkan kepala memikirkan masalah ni . Apa aku boleh simpulkan . Zaman dah berubah . jadi takleh samakan yg dlu yg sekarang , takleh nak sama cicak dgn siput sedut , sebab dari dulu dorang memang tk penah berjumpa . ok sangat merepek kat situ  , kbye .



p/s : Kau jangan tanya kenapa tetiba ada awek comel korea boleh nyanyi lagu sifir 2 dalam bahasa melayu. haha .


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUH4MAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD

No comments:

Post a Comment