ASSALAMUALAIKUM
dan ,
Tetiba feeling korea plak kan , hahah . kelmarin, aku mengambil sedikit masa untuk melihat apa pebenda baru yang best untuk dilayan. Well, aku jumpa benda yang dah lama jugak la , tapi baru aku tahu kewujudannya . Aku memang jenis yang seringkali tengok benda terlepas dalam 2 ke 3 episode , dan dan bila episod ke empat aku tengok terus aku set mind macam baru episode satu sekarang , haha . macam tu lah fefeeling aku kalau tengok cerita . Sebelum tu aku penat la tekan butang + kat astro rumah aku dari start 101 sampai ke 393 baru aku tersentak tengok ada cerita cam menarik gak la untuk ditonton . Dari takde cite baik aku layankan jugak lah . Actually dah lama gak aku tak tengok drama korea ni , sejak dari sekolah menengah kawan aku dah sebarkan sindrom korea kat aku ni , maksud aku dorang seringkali akan bagi cite cite latest tuk aku buat pra tonton lepas dorang dah habis tengok . Nampak cam aku jadi bahan eksperimen dorang je , tapi dari aku melepak tak tentu hala masa form 4 masa tu , baik aku tercegat depan pc yang gedabak punya besar kat rumah aku tu dan tonton cite korea yg meletop masa dulu dulu macam my girl , autumn in my heart , winter sonata , tree in heaven dan macam macam lagi lah , guwa pon dah tak ingat sangat cite sebab terlampau banyak kononnya . Lupa daratan sekejap kebelakangan ni . Cite aku nak sharekan kat korang ni macam best macam tak best , or macam tu lah cite dia kalau korang tgok tanpa perasaan .
Korang pernah dengar cerita Boy over Flowers ?
Aku pernah tengok cite tu dalam 3 kali sebab adik aku suka ulang ulang tengok , aku pun terpaksa lepak join sesama masa tu mengenangkan itu je cara untuk aku habiskan masa bersama dia , tapi apa aku nak cakap sal pelakon dia si Lee Min ho a.k.a Syuk Muhamad , ok tetibe perasan gila macam aku pelakon dia . Padahal tak . Sekarang ni aku tengok mana mana cite ade je muka dia . Dah popular kot . Jeles aku . motif giler aku nak jeles . Pada mana mana tak tahu siapa itu Lee min ho tu dia adik kepada lee chong wei , pemain badminton kebangsaan , oke aku tipu je.
dari kiri aku dan awek aku park shin hye |
Tapi nak ceritakan aku layankan cerita ni sampai episode yang sekarang la , 4 ke 5 tah , aku pon dah tak ingat . banyak makan semut sangat . ni semua semut pnya angkara , tak pasal pasal semut disalahkan .
Aku baca review macam ada kena mengena dengan jalan drama korea yang lain tapi tak tahulah tang mana yang berkait tu...
Kalau rajin, try la masuk kelas mengait. Hahahahaha . Kalau lawak gelak la .
Mula-mula aku malas nak tengok, tapi tiba-tiba aku nampak muka minah cun sorang nie . bukan dua orang atau tiga . hanya seoarang .
Eh!
Nie minah dari cerita tree in heaven .
Lepas tu aku terasa bengap kejap sebab aku baru perasan most cite yg perempuan ni berlakon tu cerita korea rupanya. Selama ni aku hidup, tak tahu kenapa, mati-mati aku ingat cerita dia berlakon cite Jepun. Sebab muka dia pun macam org jepun , heheh .
Dulu dulu kan tengok tv bukannya pedulik siapa pelakon dia, negara mana terbitkan, bahasa apa dan sebagainya . main redah je tengok . teruk tak teruk kat situ .
Dulu dulu kan tengok tv bukannya pedulik siapa pelakon dia, negara mana terbitkan, bahasa apa dan sebagainya . main redah je tengok . teruk tak teruk kat situ .
Berbalik kepada cerita ni kan .
The coolest thing ialah bila aku tengok cerita ni episod ketiga je , aku dah dapat tahu jalan cerita this whole series.
Bila tahu ia masih mengekalkan formula overrated cerita korea , cerita nie terasa plain jugak la nak tengok . Aku sebenarnya dah tahu kalau korea ni buat cerita mesti jalan cerita dia lebih kurang sama . tapi macamana pun org still akan tengok . sebab disebalik tu akan terselit keunikkan sebuah cerita dia . Kalau aku sendiri pun tak jemu jugak tengok walau jalan cerita sama .
Yelah, mesti ada ;
1- seorang heroin yang memula garang tapi makin lama makin sweety pretty lovely dovely .
1- seorang heroin yang memula garang tapi makin lama makin sweety pretty lovely dovely .
2-Ada hero yang benci dengan heroin tapi lelama cair macam eskem vanila coklat , tetibe suka la , jatuh cinta la , apa apa je la . haha .
3-Ada seorang lelaki yang baik tapi tak dapat bersama dengan heroin in the end ( part ni aku paling hangin gila )
4-Ada seorang yang jahat dan dengki sebab suka dekat hero . Pastu buat dajal kat orang terlibat dalam cerita . Last last menyesal . Akhirnya , dia hanya mampu doakan kebahagian bersama .
Ah! Sama saja aku rasa .
Tapi terasa bingai gak ada cmner pon keadaan cerita tu aku still akan tengok jugak walaupun best atau tak . Sebab aku setia orangnya . once aku dah melekat pada sesuatu benda , aku takkan lepaskan sampai ada pengakhirnya . Sebab tu beruntung kalau dapat aku , setia orangnya ( angkat bakul letak batu , pastu akan sendiri tol kan )
tapikan tak boleh disalahkan jugaklah , dalam kehidupan sama ada dari sudut cinta sekalipun ;
Bukankah cinta itu buta lagi membutakan ?
Tak percaya?
Cuba tulis perkataan cinta pada pisau , pastu pisau tu guna untuk cucuk mata .Ok yang ni aku sesaje je , jangan cari pasal buat . Aku tak puas hati jugak la actually kenapa banyak cerita Korea yang memaparkan ramai lelaki yang baik but in the end tak dapat the girl . Macam aku duk meronta ronta geram dgn hal ni tadi tu kan . Watak macam tu selalunya pelakon tambahan jer . Aku pernah rasa gak la feel ni time drama dedulu kat sekolah aku , jadi watak tambahan ni macam lalang , time kena tiup angin baru bergerak , watak utama disanjung tinggi . takde watak sampingan gelap la cerita tu , ade reti ? haha . oke tetiba aku emo tak pepasal .
Why? Why? Why? Why?
Kalau zaman bebudak dulu , seingat akulah , kalau budak budak perempuan nak couple , mesti couple dengan budak budak lelaki yang popular, yang nakal-nakal, yang bad ass la kononnya . baru rasa hebat situ dapat orang hot stuffs padahal dia pnya stuff tkde kualiti langsung . Maksud aku dari segi kualiti dalaman la , kalau jenis player je . mmg tk dapat apelah , cinta monyet tak sama dengan cinta sebenar ok . Kalau dengan bebudak yang bebaik tu jeling guna sebelah mata je . Tu pun dah kira baik dah tu. Ikut hati memang tak nak pandang langsung mintak kawan sebelah tolong pandangkan .
Lumrah lelaki player , bad ass and douchebags ,
sentiasa hot, sempoi and stylo .
Serta dikejar para wanita sambil mengangkat-angkat tangan sambil menjerit-jerit seperti meroyan tak pernah nampak lelaki .
sentiasa hot, sempoi and stylo .
Serta dikejar para wanita sambil mengangkat-angkat tangan sambil menjerit-jerit seperti meroyan tak pernah nampak lelaki .
Ada yang cakap, bebudak perempuan memang suka lelaki nakal nakal and jahat jahat sikit.
Diorang bajet nanti lelaki lelaki ni akan berubah jadi baik macam cerita dalam drama TV tu .
Lelaki yang hanya memaparkan sisi baik dia , dekat that girl yang dia jatuh cinta saja walaupun cinta tu tak valid dengan status dia sendiri .
Lelaki yang awalnya jahat lama lama makin sweet lovey . .dovely . .Plus, kalau dengan lelaki camtu, baru bercinta ada thrill... ada adventure.. ye tak? kononnya so sweetlah camtuh . Mana wujud lelaki yang camtuh kalau dah mmg tabiat dia kecuali dia berubah .
Tapi
Tu pun kalau jadi lah .
Tapi kalau kena tinggal,
Or kena game ?
takpun kena "barrarized" , mengandung then kena tinggal ,
Barulah dengan suara teresak-esak cakap ,
" Oh... Semua lelaki sama saja..."
Takpun,
Semuanya bergantung bukan hanya sebab kecantikkan , perlakuan , kasih sayang semata , tapi dengan niat dan izin Allah , jika jodohnya atas sebab kebaikkan akan dtg , maka itu adalah satu hidayat dariNya ke arah jalan yg diredhai .
macam yang aku lihat la ,lelaki baik ni memang ada beberapa faktor yang membuatkan diri mereka kurang diminati wanita ;
-Maybe diorang memang membosankan , apa pon tak bole , APTB
-takde attraction tersendiri ,
-naive sangat, tak sanggup nak marah marah .
-tak memahami hati wanita , sebab sentiasa blur .
-atau ayat tak power, jumpa pon macam takda apa nak cakap , just " hi" je pastu senyap sampai tak kesudah .
-atau selekeh sangat tengok pun takda selera nak dekat .
Tapi la kan orang cakap, in the end , perempuan macam lelaki juga . Bila nak ber-couple, nak yang hot, market, popular, nakal-nakal sikit . Tapi bila nak pulak sibuk berkahwin , nak yang baik , bertoleransi , caring, sharing , setia, tawaddhu', istiqamah , zuhud, husnuz zhan, dan macam macam lagilah , demand lagi mak aih . Aku pun tak mampu nak ada semua tu . huhu . Ntahlah, hanya sesetengah orang saja yang faham kenapa . Namun seringkali penah kita dengar ayat ni " kalau dah jodoh , takkan kemana " " kalau dah jodoh , baik buruk pasangan kita terpaksa terima" , takda sesiapa sempurna dalam dunia ni .
Aku tak tahu aku kategori yang mana . haha .
TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK
Suka entry yang nihh :)
ReplyDeleteDrama slalu banyak episode ni slalu drama indon..tukar anak la..huhaii
ReplyDelete