Saturday 7 December 2013

Banjir

ASSALAMUALAIKUM

Langit memang tak selalunya cerah . kekadang awan mendung meliputi suasana menjadikan alam ini tiba tiba gelap . namun lambat laun pasti awan mendung itu kan berlalu pergi . bahkan sinar mentari akan terbit menerangi kegelapan dengan begitu bersinar dan ceria sekali . Begitulah kehidupan ini , asal saja kita redha dan tahu bersyukur atas apa saja ujian yg Allah berikan , Kita takkan pernah merasa akan kekurangan . Seperti apa yg aku rasakan pagi ini , non-stop raining dari malam td sampai skrg . Kesejukkan dek hujan yg bertalu talu menimpa bumi sekitar kawasan kediaman aku . Allahumma soyyiban nafian . Moga hujan ini membawa rahmat dan bukan bala bencana . Dan aku akan sentiasa berdoa semoga ianya akan sentiasa akan baik baik sahaja .

Bila hujan je orang akan kaitkan dgn banjir , apa yg aku rasakan kini apabila kawasan yg dahulunya aku selalu menjengah , selalu berlari lari anak . Kini dilanda banjir sekarang , tu pon dalam beberapa hari lepas baru aku tahu , nampak sgt tk mengikuti isu semasa betul aku ni . haha . aku harap kuantan dan area pantai timur baik baik je , aku dulu masa study matrik kat area gambang tu kalau outing selalu menjengah outing ke kuantan , tapi sekarang bila tengok berita dan keadaan jadi camni, rasa nak nanges pon ada , org cakap , kalau allah nak turunkan bencana , kalaupun tempat tu yg pling selamat dalam dunia ni pon tetap akan kena , nauzubillah min zalik , moga moga di jauhkan .






Apa yang aku ingat masa dedulu pasal banjir ni time aku duduk kat kampung . time hujan tak berhenti henti ni kau tau la kan .



FLASHBACK TIME DEDULU . . .


Kalau cakap kampung mesti aku rimas , mesti aku rasa fedup , keluar je perkataan kampung dari mulut datin hasnah aku dah agak hidup aku akan gelap seketika , padahal tempat tu jugak kau membesar . nampak tak kederhakaan aku terhadap kampung halaman , haha .
masa aku duduk kampung macam macam la benda berlaku , mana aku tak trauma , jumpe binatang korek ubi malam malam la , ular duk wat catswalk la depan aku walaupun dia sepatutnya buat snakeswalk , dan setahu aku ular mmg tkde kaki , oke yg ni lagi tak lawak .
Masa umur aku start 2 tahun dah sibuk memain dengan binatang macam aku tarzan junior dalam hutan rimba , padahal kau duduk bukan dalam hutan kan ? gambaran je la mksud aku . semua benda aku nak main , semua nak usik . dah sampai kala jengking pon aku main sampai mak aku pon tak cukup tangan nak layan kerenah aku . Aku pernah tnya macam macam soalan kat mak aku ;

"mak kenapa anak ayam ikut ayam besar tu?"


"Mak kenapa biawak ni tak sekolah macam adik ? "


"mak tu binatang apa , dia ada 4 kaki , ada bulu bulu badan dia..(belum sempat aku bagitau semua karakter dia mak aku dah jawab )

"kucing" sambil buat muka toya .

"mak kenapa ayam tu dia naik atas ayam tu ( oke yg ni siyes 18sxxxgggwwxxzz pnya soalan)


mak aku pun dah pening apa dia nak jawab lagi lagi soalan terakhir tu . haha . ni semua aku tnya mak aku sendiri , kalau aku masa ni nak ingat semua kan mmg tipu la kan . hingus pon melejeh lejeh lagi nak kena lap , lagi nak ingt pertanyaan pertanyaan bodoh aku masa tu . ok back to the topic . masa time bulan 12 , aku rasa la kan , sebab setahu aku bulan ni je hujan duk bertalu talu . tau la kan rumah kampung mcmana . aku plak masa kecik time guruh je ya rabbi takut nak mampus . macam tikus . sampai datin hasnah pon cakap ;


"ni anak aku laki ke perempuan ni ?"


bernanah je aku dgar masa mak aku cerita , tp masa kecik mana kau tahu apa apa kan . mak aku plak jenis slumber badak orgnya . hehe .pada satu hari tu parent and semua keluarga aku tkde kat rumah , aku lupa dorg gi mana , setahu aku dorang gi melawat sedara terdekat la . tau la kan dulu dulu mmg tk suka bawak bebudak , aku ni dahlah jenis suka buat ona kat rumah org , haha . tak pepasal balik benjol kena ketuk dgn datin hasnah sebab menyepah rumah org . time tu la aku ngan kakak and abang aku duduk dirumah yg sunyi tanpa ibu bapa , nah kau dah mcm cite telemovie aku rasa . haha .


"mak ngan abah takde kat rumah , korang jgn nak nakal nakal plak eh , aku seligi sekor sekor kalau buat perangai" kata kakak aku dengan gaya nak kena siku ngan aku dan abang aku .


"mak ngan abah gi mana along ? " tanya aku yg sememangnya suka banyak tnya , super annoying la aku masa kecik dedulu kalau korg nak tau .


"gi dating la , budak budak mana boleh tau , dah dah gi buat keje sendiri " sambil dgn poyonya berlalu pergi .


aku plak tkde arah pegi la main kat luar , abang aku plak tah pegi mana masa tu , aku pon lupa . aku tengok kat luar pintu , time tu aku kecik kecik lagi , bayangkan betapa comelnya aku jenguk keluar pintu , dapat bayang tak ? ok over sgt . dah jgn banyangkan . hahaha . aku pndang semua binatang binatang duk bising bising buat mesyuarat alumni mungkin . duk memekak je . aku dengan nakalnya baling terompah yg ade kat tempat kasut tuh , lepas kena je salah sekor ayam jantan tu terus semua berlalu pergi seakan akan malapetaka akan datang . aku pon heran sambil buat muka blur sebab takleh nk tnya sape sape time tu kan . tanya kucing aku si tom namanya sah sah dia kan jawab bahasa dia tu kan "mioww". dari bodoh bodoh aku tnya baik aku keluar amik port halaman yg ade pokok jambu tu . masa tu aku rasa angin sejuk gila , angin kencang seakan akan berada di atas kapal titanic . haha . then aku pandang langit . memang langit tu gelap segelap gelapnya la kan . masa tu aku je tau betapa takutnya aku lalu aku terus mencicit lari masuk rumah sampai kasut pon terpelanting sana sini .


abang aku yg tgok keeadaan aku mula bertanya ;


" dah kenapa mcm lipas kudung je ni ? ayam kejar ke ? haha"


aku dengan tercungap cungap masa tak mampu memberi jawapan kepada soalan abang aku yg agak hampes kat situ . kalau ada selipar bersisa kat kaki aku lagi , nak je baling mcm aku baling ayam tadi .


"gelapppp.....awann.......haiwan....lari.......penat....." dengan nafas tercungap cungap


tu je aku mampu cakap , sejurus daripada tu terus bunyi guruh berdentum yg teramat kuat menusuk telinga aku dan abg aku . kitorang pon terus berlari dan cepat cepat masuk bilik kakak aku .



"dentummmm !!!"



bunyi pintu ditutup dengan kuatnya ( saja nak tambah effect , nampak tak kepoyoan aku kat situ ? )


"dah korang kenapa ,nak rabak pintu bilik ni korang buat , nak melayan perasaan pon tak senang , haihh ! "


lepas kakak aku tgok muka kitorang yg mcm sorang sorang nak kenapa tampar free , dia pon tutup radio dan dengar bunyi guruh yg teramat kuat , barulah dia tau adik adik dia penakut rupanya .


"meh masuk dalam selimut ni "


"sian dia takut yee , alololo , comel adik adik along ni "


masa tu aku mmg tkut kot . dari langit td aku tengok petir sabung menyabung . jadi cam trauma seketika . then my sis la yg tenangkan kitorang . macam ni la kalau parent tkde kat rumah , kakak aku jadi mangsa melayan karenah aku yg bnyk kira ni . time paling best masa malam tu hujan . so kalau hujan tingkap mesti akan ade percikan air hujan . kitorang ni plak memang jenis nakal sikit . kes takde keje la katakan . kalau hujan , kitorang akan beratur tepi tingkap ala ala nak tggu giliran macam mandi guna air pancuran tu tuk kena percikan air hujan cam embun pagi tuh , rasa dia mmg syok lah , tapi la kan , memang kalau aku sendiri pikir dulu , aku pon tak faham kenapa aku macam tu dulu , haha . tapi kenangan tu aku merasakan paling best sekali masa kekecik .


Malam tu hujan lebat , parent aku pon dah balik semua , seingat aku la , kitorang memang risau kalau hujan . kau tau la kan rumah kampung macam mana , ngan atap zink dia . aku pon naik bingit dengar kalau air hujan jatuh atas atap akan keluarkan bunyi yg tersangat sangat la bising sampi aku pon tkleh nak tido . macam mana pon terpaksa la tido . Sampai je esok pagi , mak aku dh bangunkan kitorang awal pagi sebab rumah kampung aku dah naik air , air masuk kat bahagian dapur rumah .



"bangun bangun banjir !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" 



teriak datin sekuat hati . pastikan harkat dia lebih dari 5 panjangnya utk setiap perkataan .


"tolong buang air ni sesama cepat" tambah kata datin lagi .



abang aku dengan bangangnya boleh siap nyanyi lagi ,



" banjir ooo banjir oo , rumah kita naik airrrrrr yyyoooo , naik airr yyyooooo"


aku yg tk bersalah ni dah kelam kelibut cari apa apa mangkuk duk mengangkut air keluar dari rumah .dia siap nyanyi lagi , kalau ada besen terdekat kat tepi aku , aku rasa dah kena ketuk sekali , ceh , cam pandai je dedulu kan nak ketuk ketuk orang .


dalam lebih kurang dalam nak dekat 40 minit camtuh la , baru hujan reda dan kitorang pon dapat relaks dari banjir berlarutan . kau bayangkan macamana cemas dan penatnya detik detik masa tu .

dalam masa tu , aku tetiba plak fefeeling nak main air ala ala mcam gambar bawah ni la kan . tapi tau je la kalau datin hasnah tau apa ada difikiran aku sekarang ni , gerenti kena benam kepala aku dalam air banjir ni, sesia hidup aku baru nak bermula zaman kekanak dah hilang pada hari tu nanti .




kemudian aku tergaru garu kepala tercari cari sesuatu yg hilang , ya , kakak aku dari tadi menghilang sampai sekarang sehinggalah aku terlihat kelibat kakak aku yg duk posing ala ala ikan duyung lemas dalam banjir .



sekadar hiasan


hahahaa . . gampang .


nah aku bagi pantun banjir untuk korang , sekali sekala belajar komsas sikit time banjir banjir ni . hahahaa .


PANTUN BANJIR

hujan lebat dimalam hari,
tidak berhenti sehingga pagi,
banjirlah rumah di pagi hari,
inilah nasib ditimpa kami

saudara datang hendak
menolong,
mengangkat barang yang
basah,
ramai orang mahu menolong,
yang dijemur semuanya sudah.

kucing ada tiga ekor,
disayangi oleh ramai orang,
kucingku takde lagi ekor,
dilari dari semua orang .

barang berharga dapat
diselamatkan ,
semua sudah naik ke atas,
kucing disayangi pun
diselamatkan ,
dalam bilik di tingkat atas .


camnilah kalau budak dah lama tinggalkan bahasa melayu , tah pape pantun . haha . ok bye .



p/s : Jgn main banjir tau , main air je boleh , eh ?


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUH4MAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD

3 comments: