Saturday 16 November 2013

Drama dan Lelaki baik

ASSALAMUALAIKUM

dan ,



Tetiba feeling korea plak kan , hahah . kelmarin, aku mengambil sedikit masa untuk melihat apa pebenda baru yang best untuk dilayan. Well, aku jumpa benda yang dah lama jugak la , tapi baru aku tahu kewujudannya . Aku memang jenis yang seringkali tengok benda terlepas dalam 2 ke 3 episode , dan dan bila episod ke empat aku tengok terus aku set mind macam baru episode satu sekarang  , haha . macam tu lah fefeeling aku kalau tengok cerita . Sebelum tu aku penat la tekan butang + kat astro rumah aku dari start 101 sampai ke 393 baru aku tersentak tengok ada cerita cam menarik gak la untuk ditonton . Dari takde cite baik aku layankan jugak lah . Actually dah lama gak aku tak tengok drama korea ni , sejak dari sekolah menengah kawan aku dah sebarkan sindrom korea kat aku ni , maksud aku dorang seringkali akan bagi cite cite latest tuk aku buat pra tonton lepas dorang dah habis tengok . Nampak cam aku jadi bahan eksperimen dorang je , tapi dari aku melepak tak tentu hala masa form 4 masa tu , baik aku tercegat depan pc yang gedabak punya besar kat rumah aku tu dan tonton cite korea yg meletop masa dulu dulu macam my girl , autumn in my heart , winter sonata , tree in heaven dan macam macam lagi lah , guwa pon dah tak ingat sangat cite sebab terlampau banyak kononnya  . Lupa daratan sekejap kebelakangan ni . Cite aku nak sharekan kat korang ni macam best macam tak best , or macam tu lah cite dia kalau korang tgok tanpa perasaan .

Korang pernah dengar cerita Boy over Flowers ?
Aku pernah tengok cite tu dalam 3 kali sebab adik aku suka ulang ulang tengok , aku pun terpaksa lepak join sesama masa tu mengenangkan itu je cara untuk aku habiskan masa bersama dia , tapi apa aku nak cakap sal pelakon dia si Lee Min ho a.k.a Syuk Muhamad , ok tetibe perasan gila macam aku pelakon dia . Padahal tak . Sekarang ni aku tengok mana mana cite ade je muka dia . Dah popular kot . Jeles aku . motif giler aku nak jeles . Pada mana mana tak tahu siapa itu Lee min ho tu dia adik kepada lee chong wei , pemain badminton kebangsaan , oke aku tipu je. 


dari kiri aku dan awek aku park shin hye
Tapi nak ceritakan aku layankan cerita ni sampai episode yang sekarang la , 4 ke 5 tah , aku pon dah tak ingat . banyak makan semut sangat . ni semua semut pnya angkara , tak pasal pasal semut disalahkan .

Aku baca review macam ada kena mengena dengan jalan drama korea yang lain tapi tak tahulah tang mana yang berkait tu...
Kalau rajin, try la masuk kelas mengait. Hahahahaha . Kalau lawak gelak la .
Mula-mula aku malas nak tengok, tapi tiba-tiba aku nampak muka minah cun sorang nie . bukan dua orang atau tiga . hanya seoarang .




Eh!
Nie minah dari cerita tree in heaven .


Dia nie kira macam aku punya faveret karakter la sebab dia ni kelakar , cute , cun , best  , and kalau dia berlakon watak sedih memang akan rasa la ke kalbu, masa tengok cite tree in heaven tu , mata aku asyik berair je . Sedih kot . 

Lepas tu aku terasa bengap kejap sebab aku baru perasan most cite yg perempuan ni berlakon tu cerita korea rupanya. Selama ni aku hidup, tak tahu kenapa, mati-mati aku ingat cerita dia berlakon cite Jepun. Sebab muka dia pun macam org jepun , heheh .
Dulu dulu kan tengok tv bukannya pedulik siapa pelakon dia, negara mana terbitkan, bahasa apa dan sebagainya . main redah je tengok . teruk tak teruk kat situ .

Berbalik kepada cerita ni kan .

The coolest thing ialah bila aku tengok cerita ni episod ketiga je , aku dah dapat tahu jalan cerita this whole series.
Bila tahu ia masih mengekalkan formula overrated cerita korea , cerita nie terasa plain jugak la nak tengok . Aku sebenarnya dah tahu kalau korea ni buat cerita mesti jalan cerita dia lebih kurang sama  .  tapi macamana pun org still akan tengok . sebab disebalik tu akan terselit keunikkan sebuah cerita dia . Kalau aku sendiri pun tak jemu jugak tengok walau jalan cerita sama .

Yelah, mesti ada ;
1- seorang heroin yang memula garang tapi makin lama makin sweety pretty lovely dovely .
2-Ada hero yang benci dengan heroin tapi lelama cair macam eskem vanila coklat , tetibe suka la , jatuh cinta la , apa apa je la . haha .
3-Ada seorang lelaki yang baik tapi tak dapat bersama dengan heroin in the end ( part ni aku paling hangin gila )
4-Ada seorang yang jahat dan dengki sebab suka dekat hero . Pastu buat dajal kat orang terlibat dalam cerita . Last last menyesal . Akhirnya , dia hanya mampu doakan kebahagian bersama .

Ah! Sama saja aku rasa .

Tapi terasa bingai gak ada cmner pon keadaan cerita tu aku still akan tengok jugak walaupun best atau tak . Sebab aku setia orangnya . once aku dah melekat pada sesuatu benda , aku takkan lepaskan sampai ada pengakhirnya . Sebab tu beruntung kalau dapat aku , setia orangnya ( angkat bakul letak batu , pastu akan sendiri tol kan ) 

tapikan tak boleh disalahkan jugaklah , dalam kehidupan sama ada dari sudut cinta sekalipun ;

Bukankah cinta itu buta lagi membutakan ?


Tak percaya?
Cuba tulis perkataan cinta pada pisau , pastu pisau tu guna untuk cucuk mata .Ok yang ni aku sesaje je , jangan cari pasal buat . Aku tak puas hati jugak la actually kenapa banyak cerita Korea yang memaparkan ramai lelaki yang baik but in the end tak dapat the girl . Macam aku duk meronta ronta geram dgn hal ni tadi tu kan . Watak macam tu selalunya pelakon tambahan jer . Aku pernah rasa gak la feel ni time drama dedulu kat sekolah aku , jadi watak tambahan ni macam lalang , time kena tiup angin baru bergerak , watak utama disanjung tinggi . takde watak sampingan gelap la cerita tu , ade reti ? haha . oke tetiba aku emo tak pepasal .

Why?                                                                             Why?                                                                          Why?                                                                        Why?

Kalau zaman bebudak dulu , seingat akulah , kalau budak budak perempuan nak couple , mesti couple dengan budak budak lelaki yang popular, yang nakal-nakal, yang bad ass la kononnya . baru rasa hebat situ dapat orang hot stuffs padahal dia pnya stuff tkde kualiti langsung . Maksud aku dari segi kualiti dalaman la , kalau jenis player je . mmg tk dapat apelah , cinta monyet tak sama dengan cinta sebenar ok . Kalau dengan bebudak yang bebaik tu jeling guna sebelah mata je . Tu  pun dah kira baik dah tu. Ikut hati memang tak nak pandang langsung mintak kawan sebelah tolong pandangkan .

Mungkin memang lumrah lelaki baik. 
Kurang popular dan kurang diminati.
Lumrah lelaki player , bad ass and douchebags , 
sentiasa hot, sempoi and stylo . 
Serta dikejar para wanita sambil mengangkat-angkat tangan sambil menjerit-jerit seperti meroyan tak pernah nampak lelaki .


Ada yang cakap, bebudak perempuan memang suka lelaki nakal nakal and jahat jahat sikit.
Diorang bajet nanti lelaki lelaki ni akan berubah jadi baik macam cerita dalam drama TV tu .
Lelaki yang hanya memaparkan sisi baik dia , dekat that girl yang dia jatuh cinta saja walaupun cinta tu tak valid dengan status dia sendiri .
Lelaki yang awalnya jahat lama lama makin sweet lovey . .dovely . .Plus, kalau dengan lelaki camtu, baru bercinta ada thrill... ada adventure.. ye tak? kononnya so sweetlah camtuh . Mana wujud lelaki yang camtuh kalau dah mmg tabiat dia kecuali dia berubah .

Tapi
Tu pun kalau jadi lah .
Tapi kalau kena tinggal,
Or kena game ?
takpun kena "barrarized" , mengandung then kena tinggal ,
Barulah dengan suara teresak-esak cakap , 

" Oh... Semua lelaki sama saja..."

Takpun,

" Eh, tipah tertipu tipu tertipah, tipah tertipu tertipah ditipu, tipa tertipu lagi "

Semuanya bergantung bukan hanya sebab kecantikkan , perlakuan , kasih sayang semata , tapi dengan niat dan izin Allah , jika jodohnya atas sebab kebaikkan akan dtg , maka itu adalah satu hidayat dariNya ke arah jalan yg diredhai . 
macam yang aku lihat la ,lelaki baik ni memang ada beberapa faktor yang membuatkan diri mereka kurang diminati wanita ;

-Maybe diorang memang membosankan , apa pon tak bole , APTB
-takde attraction tersendiri ,
-naive sangat, tak sanggup nak marah marah .
-tak memahami hati wanita , sebab sentiasa blur .
-atau ayat tak power, jumpa pon macam takda apa nak cakap , just " hi" je pastu senyap sampai tak kesudah .
-atau selekeh sangat tengok pun takda selera nak dekat .


Cuba baca luahan hati wanita sorang ni ;



Tapi la kan orang cakap, in the end , perempuan macam lelaki juga . Bila nak ber-couple, nak yang hot, market, popular, nakal-nakal sikit . Tapi bila nak pulak sibuk berkahwin , nak yang baik , bertoleransi , caring, sharing , setia, tawaddhu', istiqamah , zuhud, husnuz zhan, dan macam macam lagilah , demand lagi mak aih . Aku pun tak mampu nak ada semua tu . huhu . Ntahlah, hanya sesetengah orang saja yang faham kenapa . Namun seringkali penah kita dengar ayat ni " kalau dah jodoh , takkan kemana " " kalau dah jodoh , baik buruk pasangan kita terpaksa terima" , takda sesiapa sempurna dalam dunia ni .
Aku tak tahu aku kategori yang mana . haha .

p/s : lelaki baik untuk wanita yang baik . Drama yang baik tak banyak episod , sakit jantung nak tengok 1240 episode baru habis cite , dah ada cucu dah masa tuh , haha .



TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK

2 comments:

  1. Drama slalu banyak episode ni slalu drama indon..tukar anak la..huhaii

    ReplyDelete