Thursday 21 November 2013

Library a.k.a Perpustakaan

ASSALAMUALAIKUM

Seringkali kalau orang cakap budak budak rajin , bijak dan pandai ni mesti ada kaitan dengan tempat yg tak asing lagi iaitu library . Aku pun tak tahu dari mana petua dorang pakai . Kalau nak rasa acah acah pandai duduk la library . haha . siyes memang takleh terima dengan statement tu . kalau aku sendri dengar ade org ckap cmtu depan aku , dengan automatiknya buku Engineering mathematics yg ade 2 jilid ni aku lempar muka dia , tetibe je emo . hahaha . Back to story . Actually dari zaman sekolah rendah sampai menengah aku memang suka ngan library ni . Tempat dia tenang dan sunyi . Macam aku rasa dulu dulu kan pasal library ni nie tempat budak budak nerd melepak. Walaupun aku di gelar nerd dulu atas sebab minat buku, dah tu aku pedulik ape , okelah tuh dari aku minat dadah ke ape  ,tapi entahlah.  Masa satu masa dulu , aku memang benci la duduk kat library ni . The smell, the look , books, peraturan dia semua aku tak minat. Well , what do you expect ?! Aku ni dah la jenis budak yang memang loud and fun . Dalam library plak penuh sign jari yang dekat mulut tu . Pastu bila bising sikit, nanti ada la mata mata memerhati macam aku buat salah laku pembunuhan , bisikan mengumpat bertalu-talu, takpun kena sound direct baik punye. Hm.. Bosan ! Tapi aku yg dlu bukanlah yg sekarang ,aku penah fikir hal itu sekali je dalam satu masa dan tup tup , segalanya berubah . People changed , but past not .

Dalam banyak banyak aku tengok la, kenapa org selalu pergi library nih ;

Alternatif untuk Melepak 
KMPh  Library
Sambil tunggu next class dalam lingkungkan sejam or 2 jam lamanya , maka tak salah lagi library jadi hostel sementara bagi student yg sangat smart ni .haha . Termasuklah aku . Dan pada masa tulah borak tak ingat dunia . Jumpe membe membe yg turut tggu next class tengah melepak , pastu lepak sesama. Dah bukak warung kedai kopi dah aku tengok . Yang lain gunakan masa tuk pinjam buku untuk buat alas tido mengantikan bantal di hostel , eh takde lah . haha . Paling common dorg buat baca newsaper tapi tengok tengok bahagian hiburan , isu semasa baca ke tidak tuh, takpun berborak dekat sofa yang disediakan , paling teruk tido situ .hahaa . Buku ? Remained untouched . Sebab beg kat luar . Yang masuk badan je . Bagusnya pelajar Universiti zaman kini . LOL .

Cinta Monyet/Kera/Lontong dan sewaktu dengannya
Unikl MIAT Library
Dekat library sekolah jugaklah first time cinta berputik kononnya . Hahahaha. Cinta monyet je ni aku rasa . Ala, memang kalau lelaki tengok perempuan baca buku ala ala lelayu , cun , sopan , pendek kata macam perempuan melayu terakhirlah , mula melting macam aiskrim kena jemur bawah matahari . Lagi lagi bila drama selak buku kat rak tengok tengok dicelah celah tersebut nampak gadis comel/cantik juga tengah belek buku .Mak aih masa tu rasa macam slot samarinda , pastu episode bersambung .  haha . Nasihat guwalah kan , jgn jatuh cinta kat library , nanti akan dtg library ni jadi tempat dating sedunia plak . Buku kemana , pelajaran kemana . Macam aku dulu dulu . jahat tak ? jgn ikut ok adik adik semua.

Free Cyber Cafe
Masa Matrikulasi dulu , aku memang kaki library. Kenapa? Firstly, library Matrik aku memang nampak sangat sangat grand dari university aku sekarang . Kalau duduk dekat library, mahupun cuma cakap “aku nak pergi library” pun dah nampak macam educated gila. Tapi sebenarnya, aku selalu pergi library sebab ada IT Centre. Aku time awal-awal bulan matrik memang takda laptop sampai tengah tengah sem baru akak aku bagi laptop . So kalau nak online, memang aku pergi IT Centre. Jadi, terpacaklah aku dekat IT Centre tu seringkali , muka dah wanted . Free pun free. Tak payah bayar. Kau ingat ada org nak bagi pakai internet free ? semua dalam dunia ni kena bayar oke . Buang air pon kena bayar . Tapi pas aku dpt laptop , free wifi pon dah sedia ada kat asrama .So masa tu jarang sikit aku gi library . Tu pon kalau ade buku nak pnjam or discussion ngan dak kelas . Baru aku pergi menjengah .
Nampak tak kehampehan dia kat situ . haha .

Assignment / Exam / Test 
Masa degree, selalu jugaklah aku singgah library sebab nak study (mata ke atas, tangan di dada ). Well, engineering student memang rajin lepak library untuk study ok. Jadi, pantang ada masa senggang sikit, berduyunlah yang nak ke sana. Lagi lagi kalau dekat nak test  mahupun exam. Tapi memang ada budak jenis yang tak kira test dekat ke jauh ke sentiasa terpacak dekat library tu, walaupun  lepas kelas takpun in between of the classes . Kalau bagi aku , selalunya kalau ada assignment ke apa ke , kalau yg tk dapat cari info lain mmg akan aku search cari buku kat library . Kadang kadang tu , jawapan dia dah ade kat sana . Pensyarah amik soalan dari situ jugak pon . So senang keje sikit . Nampak tak permainan dia kat situ ? haha

Study Group
Library jugaklah tempat di mana aku baru kenal dengan “study group”. It happened di suatu petang petang masa aku belajar kat matrik di mana kitorang kena buat satu group work pasal subjek biologi , ni pasal spesifikasi and functions struktur cell. Disebabkan itu jugalah kitorang tubuhkan study group utk belajar sesama and pada waktu tu kitorang terpaksa booking bilik discussion untuk bincang sal kerja kursus ni . Oleh kerana ada beberapa orang lain yang nak study, so kitorang pun decide nak bincang bersama sama. Sekali dan start tu , sekepala lah pulak . Memang fun tapi berkesan. Aku pun memang jenis orang yang belajar tak boleh tension. Kalau tension, mesti jammed !! Disebabkan itulah , kami semua decided untuk terus tubuhkan satu study group ! Yeah!! And the group was awesome !! Super duper awesome!! Sekarang apa jadi dekat group tu ye ? semua dah amik haluan masing masing dengan Universiti pilihan mereka . Alhamdulillah .

Broadband / Wifi yang siput sedut 
Sekarang, aku suka lepak library sebab dia ada wifi. Best apa surf internet dekat library. Kerusi pun comfy, ada aircond, laju pun laju tapi depends pada keadaan jugak la. Jadi kalau aku ada kerja ke kekadang aku mmg suka buat dekat library. Kalau bosan tu aku selalu cari tempat-tempat open jugaklah. Tapi yang penting, library selalu mendatangkan mood kat aku. Yelah, bila tengah buat kerja, then pandang sekeliling, semua orang buat kerja. Jadi susah sikitlah nak distracted. Walaupun akhirnya duduk berejam mata stucked dekat blog + facebook + twitter jer, tapi selalunya kerja tu akan progress sedikit laju berbanding melepak somewhere else terutama atas katil , yg tu mmg bikin tido , haha . Bila time dah nak exam pun, sentiasa bersemangat bila tengok orang sekeliling kita sibuk belajar. Tapi kadang-kadang tension jer ada lah jugak . Nak acah acah rajin hakikat agak malas disitu . Tapi tabiat aku adalah agak suka study last minutes . Sebab aku rasa tu paling mujarab bagi aku, yg terasa cara ni poyo dan gedik jgn ikut ok , nanti bahana result kau . Tapi bagi aku of course la study dgn cara yg betul is the most effective way . Maksudnya study awal awal spya nanti tak panik tak dapat cover banyak benda lagi nak masuk semua dalam otak , boleh ditimpa musibah kat situ aku rasa  . Tak ke gitu ? 

Activity lain lain
Masa aku kat matrik dulu , tang library ni selalu ada je aktiviti menarik . Dan satu yg menjadi tarikan aku adalah derma darah . Sebab aku rasa aktiviti ni paling meriah . Masa tu la akan ada beratur panjang ala ala macam nak audition Akademi fantasia aku rasa . Kalau ade darah tak compatible or badan tak sesuai untuk menderma darah ritu mesti fefeeling kuciwa mcm tk dpt masuk peringkat seterusnya kan . haha . Aku plak jenis suka benda benda cmni . Sampai masa dlu aku suka pergi interview masa aku belajar kat matrik . Salah satunya adalah interview for SPA .Orang kata semua tu pengalaman . Dan aku rasa tak membazir aku menunggu walaupun dapat atau tak dapat untuk interview tu . Hari tu dengan segala daya aku ajak jugak roomates aku Akim utk sama sama menabur jasa .

Akim :Aku tak nak derma darah la, hari hari aku derma darah sejak aku duduk matrik ni .
Aku : Sejak bila matrik ni buat derma darah hari hari , kau ni berjasa la sikit untuk yg memerlukan  .
Akim : Aku dah berjasa kot derma hari hari , sebab tu aku tak nak dah derma .Kalau kumpul kumpul mmg dah bergelon gelon kot .
Aku : Bila masa ? berjasa pada sapa ? kau ni nak gi ke tak nak ? jom ar . Library depan hostel kita je kot .
Akim : Pada nyamuk la , hari hari aku derma darah kat dia . Baik tak aku ?
Aku :&^&^%$#@!# 

Tak larat dengar aku membebel . Dia pun terpaksa ikut aku pegi juga. haha . Kejam gila aku . Tapi time masa dia kena test tak lepas untuk derma darah . Muka dia mcm org baru lepas menang acara lumba lari beritma . Sakit gila hati tgok muka dia sambil menyakat nyakat aku sambil berkata " Orang berjasa hari hari tak sama dengan org yg baru nak berjasa hari ni "

Geram gila aku , rasa nak seligi je dia biar bersembur sembur darah kat situ , just suruh nurse tu tadah je . Senang kerja . LOL .

Projek Nilam Bakti
Dulu time sekolah kebangsaan ,ada projek yg mana semua pelajar kena tulis ringkasan buku yg ada kat library sama ada sains fiksyen ke atau buku tentang apa saja kena ringkaskan dalam buku tu , nama projek tu Nilam Bakti tak salah aku lah , and masa buat karangan aku selalu masukkan pasal “perpustakaan mini di rumah”. “Bagaimana mahu memupuk budaya membaca”. Standard sangat. Sampai satu ekar aku tulis benda yang sama. Bila pergi rumah aku ,Takda pulak perpustakaan. Buku banyak kat rumah aku , tapi merata rata tempat . Yang aku tahu meja study aku dah macam library, semua ada atas tu , rak buku pun sama , masa tu rasa macam fleksible sgt , sebab apa ? takyah nak sibuk sibuk bergerak nak ambil buku . Tapi mungkin nanti aku boleh susun semua buku tu atas rak yang besar supaya kelihatan seperti anak tuan rumah tu educated.Tup tup mak aku dah beli rak buku besar bapak tuk susun semua buku tu. Suka aku . Bukan apa, ada banyak faedah kalau semuanya disusun setempat, seperti ;


  • Senang nak cari. Kalau boleh susun ikut genre dan abjad .
  • Boleh tengok koleksi mana yang masih belum lengkap . Bagi yg komik tu boleh tau sangat lah kan .
  • Boleh tau buku mana yang orang pinjam buat harta sampai ke hari ini masih hilang .
  • Kalau nak ambil gambar tak payah pinjam studio punya backdrop rak buku fake tuh , boleh guna kat rumah punya . Lagi real .


Kesimpulannya ,  aku rasa library / perpustakaan / pusat sumber nie sebenarnya memainkan peranan dan antara latar tempat yang penting dalam kehidupan kita. Cuma selama ni aku pun tak perasan. Tapi sekarang guwa dah perasan beb ! lu orang bila lagi ? haha . Korang ada citer menarik kat library tak ? Share lah sikit . Macam penah jumpa momok ke ? atau kak limah sesat balik kampung termasuk ke library sekolah korang ke ? haha . ok ni tak lawak . seram ok . bye . Jangan biarkan misteri menyelubungi diri anda .



p/s : Kalau dulu rumah aku ada perpustakaan/Library aku rasa semuanya koleksi buku buku komik dan majalah majalah hiburan and novel english jugak melayu . Buku ilmiah ? satu rak je maybe , hahaha .


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK

1 comment: