Saturday 30 November 2013

Lelaki vs Wanita

ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar, semua ? sihat ? Aku batuk sikit . so semua jejauh sikit takut berjangkit dgn batuk aku ni . haha . dah semua terus tak baca entry ni , tetiba je kan.

Hari ni aku rasakan semua benda yg aku buat lewat , takde yg cepat . buatkan aku rasa pergerakan aku macam ala ala cite matrix evolution yg elak peluru secara perlahan tu , mcm tu la slow motion dia aku pnya pergerakan , tersangatlah perlahan sampai tak dapat digambarkan , masa pulak tak pernah tggu aku , laju je dia jalan . dari kecik lagi beliau gigih berjalan , aku selalu tertinggal . tapi aku pon tk tahu masa ni ada kaki . oke siyes aku rasa tk lawak . Lepas aku bersiap nak pergi tempat yg nak ditujui rini . Dalam panas terik petang tu ,Tetiba ade sorang mamat india bersama geng geng mereka tahan aku ditepi jalan kawasan perumahan , aku pon berfikir sejenak ape salah aku ? adakah memakai cardigan merah membuatkan aku seakan akan seperti lampu isyarat kena berhenti ? memang tk masuk akal , tk perlu nak pikir pun mmg tk logik lalu mamat india ni pon bertanya pada aku .


" Abang , ada lighter tak ? "


perghhh , sekali aku dapat soalan cepu emas dari salah satu anggota mamat india tadi, dalam masa yg sama aku berfikir , apa motif dia tnya soalan camni pada muka budak yg dah sah sah nampak mcm student kot . Dalam hati aku membara je .Lantas aku memberikan isyarat tangan smbil berkata .

" takde bang , muka nampak cam merokok ke bang , tolong sikit "


lantas dia menjawab semula ,


" jangan marah adik, tanya saja deyy "



soalan ke tu ? itu mendatangkan tapak kaki kebibirmu macha ! sambil aku terus meninggalkan geng drama tamil tu , lantas aku terlihat depan aku ada satu lembaga yg saiznya sungguh besar jugalah. Budak sekolah lagi mungkin berambut alleycats , aku mati mati ingat dia laki , tapi bila aku tengok sekali lagi rupanya perempuan , Dan dan tadi sama sama lalu lepas geng mamat india tu , yg si perokok tak diminta lighter , yg tk merokok dimintanya  , apa nak jadi budak zaman sekarang , aku sangkakan wallet dikocek belakang seluarnya tapi rupanya kotak rokok dunhill , kenapa kau merokok dik ? dalam hati aku bertanya . Memang lah incase kalau dia merokok depan aku mmg sepuluh batang add sekali ngan kotak rokok tu tersedia utk disumbat kedalam mulut dia . serius aku tak boleh tgok kaum hawa merokok , tak sesuai ok ! dah sangat jauh aku meraban dah ni , start to the entry harini , so ni pasal lelaki vs perempuan . Biasanya kalau zaman aku sekolah dulu tak kira lah tadika , sampai lah universiti skrg .Lelaki selalu akan mengalami kepupusan kat situ , sikit je aku rasa . sampaikan dulu aku rajin berkawan dgn perempuan daripada laki ( dulu ok ) . Tapi paling kelakar bila masa sekolah rendah , lelaki lelaki akan kemetot dan perempuan seakan akan seperti pemain wrestling , semua besar besar belaka. sampai dulu aku seperti seakan akan dilindungi oleh pihak wanita zaman tadika and sekolah rendah aku . tapi selepas peningkatan usia , mencecah akil baligh dan kematangan , akhirnya segalanya kembali seperti yg normal .


   Proporsi lelaki dan perempuan di atas muka bumi Allah ini selalu diperkatakan sabda rasulullah dan hadith . Aku pun selalu dengar orang bercakap mengenainya .Tapi untuk pernyataan tu nanti kita bincangkan diakhir topik ini jap lagi . Kita selalu dengar orang selalu kata , bilangan perempuan sudah melebihi kaum lelaki sekarang ini . Benarkah pernyataan ini ? Atau ketika mana perkara ini betul ? 


Tapi ini secara menyeluruh..


Mari kita lihat statistik di bawah,pada tahun 2008













Di mana perginya lelaki kalau kurang di pusat-pusat pengajian?

Mari lihat statistik di bawah pula ;



Walau tidak menunjukkan jumlah lelaki beragama Islam , tapi kita boleh fikir di Malaysia kaum Melayu adalah majoriti dan banyak orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam . Jadi boleh fikirlah ke mana perginya lelaki beragama Islam .

Apa yang korang semua kena tahu ;

1) Jumlah lelaki adalah melebihi jumlah perempuan di Malaysia, tidak kira di bandar atau luar bandar.
2) Data (lelaki lebih ramai) tidak pernah berubah dari tahu 1980 hingga 2008.
3) Perempuan melebihi lelaki di IPT bukanlah disebabkan jumlah perempuan di Malaysia.
4) Lelaki tersangat jauh melebihi perempuan dalam penagihan dadah.
5) Lelaki jauh melebihi perempuan dalam pelbagai jenayah dan berkaitan KECUALI pelacuran dan seangkatan.
6) Bukan sahaja di IPT, malah perempuan semakin mendominasi bidang² profesional lain, tetapi ramai lelaki (dan juga perempuan sendiri )akan mengatakan ia disebabkan perempuan lebih ramai dari lelaki di Malaysia.


Kalau di pusat pengajian tu memang tidak dinafikan , kebanyakan pusat pengajian ramai perempuan dalam sesuatu bidang ( kecualilah bidang yang lebih didominasi oleh  jantina tertentu seperti teknikal dan kejuruteraan ,selalu lelaki lah kan )


Jadi, ada yang membuat kesimpulan yang "wanita lebih educated berbanding lelaki."

This is what I wanna testify hari ni ,

Aku rasa, kebanjiran pelajar perempuan di IPT menunjukkan bahawa pelajar perempuan bijak bijak belaka bukanlah satu kenyataan yang tepat . Mungkin ya, mereka "A" students namun aku rasa lelaki pun "A" juga. "A" apa? Jom kita rungkai . Haha , dah macam edisi siasat plak aku rasa . 


Aku rasa, kita harus berbalik kepada apakah definisi "intelligence" dan "success" sendiri. Bagaimana pelajar perempuan mendefinisikannya, dan apa bezanya daripada definisi seorang lelaki. 


Pada pendapat aku, pelajar perempuan lebih cenderung mendefinikan "intelligence" sebagai pintar, pandai, atau bijak dalam pelajaran. Sebab itulah, ramai pelajar perempuan yang rajin-rajin. Mereka mampu nak belajar yo'yo'an, stay up, buat preparation awal dan sebagainya.
Bagi "success" pula, aku berpendapat bahawa, majoriti perempuan mendefinikan "Success" sebagai satu kejayaan, kejayaan untuk mencapai satu taraf pendidikan yang tinggi, dan mendapat satu pekerjaan yang baik. Memiliki keluarga bahagia, menjadi ibu yang baik dan isteri solehah juga mungkin antara kejayaan bagi mereka, tetapi, memandangkan kita berbincang soal IPT jadi yang itu kita tolak ke tepi dahulu .

Bagi lelaki pula, aku berpendapat bahawa terdapat perbezaan dari segi corak pemikiran mereka sekaligus memandang dua kata kunci tadi, iaitu "Intelligence' dan "success" dari satu sudut yang berbeza.

Bagi ramai lelaki, "Intelligence" bermaksud satu kepandaian atau kemahiran. Tak kira, dalam melakukan sesuatu pekerjaan mahupun dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, "street smart". Kebijaksaan seseorang dalam menguasai ilmu dalam buku pula dipanggil "book Smart". Lelaki lebih cenderung untuk belajar dari pengalaman dan kehidupan. Sebab itu ramai di antara mereka lebih gemar untuk belajar secara tidak formal berbanding sesi pembelajaran dalam kelas yang formal.

"Success" pula didefinisikan sebagai suatu kejayaan dalam kehidupan. Ia bukan ditentukan oleh sebarang pencapaian, namun, cukup sekadar seseorang itu mampu hidup dengan kesenangan dan kemewahan.

Istilah "street smart" lebih cenderung kepada lelaki.

Dan "book smart" lebih kepada wanita.Sebab itu, ramai perempuan lebih suka untuk duduk di dalam kelas dan belajar, manakala ramai lelaki yang lebih suka keluar menuntut ilmu dari pengalaman, kehidupan dan kegagalan. 

Namun, ketidakhadiran lelaki dalam dewan kuliah tidak bermaksud ramai lelaki akan ketinggalan dari perempuan. Ia tak bermaksud perempuan lebih baik dari lelaki dalam semua aspek. Lihat saja statistik, ramai lelaki yang mampu berjaya, tanpa menghabiskan pembelajaran masing-masing di dewan kuliah. Beberapa contoh yang saya mampu utarakan seperti;


Thomas Edison ; the Founder of General Electric
Henry Ford ; the Founder of Ford Motor Company
Steve Jobs ; the founder of Apple
Bill gates ; the founder of Microsoft
Walt Disney ; the founder of Disneyland
Mark Zuckenberg ; the founder of Facebook
Tan Sri Sheikh Mohtar Al-Bukhary ; the founder of Yayasan Al-Bukhary
dan ramai lagi .


Aku tertanya ada tak perempuan yg pernah buat super awesome achievement like this ? without finishing the school ? I can't name one . Any name ?


Mereka inilah antara lelaki yang walaupun tidak menggenggam segulung ijazah, namun mampu mencapai kejayaan yang luar biasa. They're awesome .They're cool . They're smart and they're always be my inspiration .


As the conclusion, it's not about who's better . It's just they define it differently .

Dan perbezaan inilah yang membuatkan perempuan lebih ramai masuk IPT berbanding lelaki . Berbalik dengan apa yg aku cakap previously dalam sabda rasulullah dan hadith dipermulaan entry harini .

Dalam beberapa perbincangan sering dikemukakan bahawa salah satu tanda datangnya hari kiamat adalah banyak kaum wanita dibandingkan kaum lelaki . Adakah itu memang ada dasarnya atau memang hanya sebuah fenomena demografi kependudukan biasa je yang selalu sgt terjadi dan tidak ada hubungannya dengan kiamat ?


Benar bahawasannya salah satu tanda kecil hari kiamat adalah banyaknya kaum wanita dibandingkan kaum lelaki . 

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ اْلعِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثرَ النِّسَاءُ وَيَقلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُونُ لِخَمْسِينَ امْرَأَةً القَيِّمُ اْلوَاحِدُ
“Di antara tanda-tanda dekatnya hari Kiamat adalah sedikitnya ilmu (tentang Ad-Din), maharajalelanya kebodohan dan perzinaan, dan sedikitnya kaum laki laki, sehingga lima puluh orang wanita hanya terdapat satu orang pengurus (laki-laki) saja” [HR. Al-Bukhari no. 81 – tartib maktabah sahab, Muslim no. 2671, dan At-Tirmidzi no. 2205].


Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata :

والظاهر أنها علامة محضة لا لسبب آخر بل يقدر الله في آخر الزمان أن يقل من يولد من الذكور ويكثر من يولد من الإناث وكون كثرة النساء من العلامات مناسبة لظهور الجهل ورفع العلم
“Menurut dhahirnya, hal ini merupakan pertanda semata mata, bukan sebab lain. Bahkan Allah mentakdirkan bahwa akhir zaman nanti sedikit sekali orang yang melahirkan anak laki laki dan banyak melahirkan anak perempuan. Dan banyaknya kaum wanita yang merupakan salah satu pertanda telah datangnya hari kiamat itu sangat relevan dengan penularan kebodohan dan dihilangkannya ilmu (tentang Ad-Dien)” [lihat Fathul-Bari oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar 1/179 – penjelasan hadits no. 81].

Selain dari faktor sedikitnya jumlah kelahiran lelaki dibandingkan wanita, hal itu juga disebabkan sebab banyaknya fitnah yang terjadi di akhir jaman seperti banyaknya peperangan. Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan satu hadith yang menunjukkan bahwa banyaknya kaum wanita dan sedikitnya kaum laki laki itu disebabkan perginya kaum laki-laki dan tetap tinggalnya kaum wanita, yaitu kaum laki laki pergi berperang dan kaum wanita tinggal di rumah.

 Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallambersabda :

......وَيَذهَبُ الرجَالُ وَتَبْقَى النِّسَاءُ حَتَّى يَكونَ لِخَمْسِينَ امْرَأَةًً قَيِّمٌ وَاحِدٌ
”....dan pergilah kaum laki laki dan tinggallah kaum wanita, sehingga lima puluh orang wanita hanya terdapat satu orang pengurus (laki laki) saja”.
Kata kata “lima puluh” ini bukanlah sebagai pembatas, namun sebagai bentuk majaz saja yang mengandungi pengertian “banyak”. Dalam hadits Abu Musa radliyallaahu ‘anhu disebutkan :

وَيُرَى الرَّجُلُ اْلوَاحِدُ يَتْبَعُهُ أَربَعُونَ امْرَأَة يَلِذْنَ بِهِ مِنْ قِلَّةِ الرِّجَالِ وَكَثْرَةِ النِّسَاءِ
“Dan seorang laki laki akan diikuti oleh empat puluh orang wanita, yang mereka ingin bersenang senang dengannya” [HR. Muslim no. 1012].

Banyaknya kaum wanita dibanding kaum lelaki merupakan tanda tanda dekatnya hari Kiamat berdasarkan nash yang shahih dari Sunnah Nabawiyyah. Wallaahu a’lam.


p/s : Tunggu sekejap , acewah cam lagu Tan Sri P. Ramlee plak . kalau anda ada sebarang komen atau tak setuju atau nak tambah, anda amat dialu alukan  . It's just my opinion . Anda pula bagaimana ?


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK

2 comments:

  1. Boleh x saye nak.copy pndapat awak ni dan post kat tmpat lain..?????
    .jgn risaw..saye akn creditkan name blog awk ni ^_^

    ReplyDelete