Thursday 21 November 2013

Lelaki Sejati dan Rokok

ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar? Baik? Alhamdulillah....Tak baik  ? emmm tak baik pun alhamdulillah jugak lahh...Dah lama tak buat entry baru , dulu guwa suka duk meraban pasal benda mengarut , sekarang pun masih gak sama , guwa pun tak tau kalau korang baca and bgtaw kat kawan korg mgkin mampu jadi pak karut macam aku jugak , sebab dulu pada mulanya aku nak amik jurusan dalam diploma in karut marut , tapi takde , kalau ada kos ni kat universiti korang  akan datang korg jgn lupa ambik tau , hahaha , ok tak lawak pon .
Start to the point, Seringkali korg pernah terdengar pasal lelaki apa yg korg akan terfikir ? kalau lelaki , mesti la berkaitan dgn perempuan kan , kalau lelaki berkaitan dgn lelaki tu , yg tu lain . Tak nak aku masuk campur , tapi sekarang ni kalau di pihak perempuan sendiri la kan , korang penah dengar istilah lelaki sejati tak ? dan Korang tahu tak apa itu "LELAKI SEJATI ?"
Tahukah tak yang bahawasanya definisi LELAKI SEJATI itu amat subjektif dan memiliki skop yang tersangatlah luas . Setiap orang akan ada pendapat masing masing pasal isu ni, termasuklah perempuan sendiri . Tapi bagi lelaki pula mereka akan berpegang dengan apa yg mereka dah letakkan disudut pemikiran mereka . Sebab tu lelaki ni boleh dikatakan such a simple person , pikir mana perlu je. Yang tak nak buang je . Buat penuh memory je . Kalau dah 32 GB pon belum tentu muat nak masuk semua benda dalam kepala tuh. 
Tak percaya pasal ade bermacam macam definisi Lelaki sejati ni ?
Jom kita kita satu persatu definisi LELAKI SEJATI bagi beberapa individu yang bergelar LELAKI...!!

" LELAKI SEJATI ialah lelaki yang sentiasa bijak dalam pelajaran. Sebab apa ? , tiada apa yang lebih penting melainkan tahap dan daya pemikiran kita. Daya fikir kitalah

yang menentukan segala-galanya dari pelbagai aspek dalam kehidupan kita sendiri "
Mohd Syahir Bin Johan  ,Smart nerd boy

" LELAKI SEJATI itu merupakan lelaki yang memiliki kerjaya yang hebat! Duit yang banyak , Aset yang banyak ! semualah banyak ! "
Ali bin Omar , ahli aktif MLM level Gold . Dah kaya dah pon . Gold tu .

" LELAKI SEJATI merupakan lelaki yang sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut. Tak lupa juga , lelaki sejati juga haruslah berpakaian glamour dan memiliki gerak tari yang mantap dan juga bertenaga ! "
Rong Mo Mo , peminat setia Kpopper . Nama sebenar Said bin Walid / Said kpop .

" LELAKI SEJATI ialah lelaki yang memiliki tubuh badah yang sasa yang perut ade six packs , eight packs or pack pack yg lain ! Muka pecah rumah takpe... Yang penting, badan berketul ketul. Badan mesti kena acah acah Malik Noor ! "
Rafiq Sarip , pengunjung setia gym dan pemenang tempat saguhati bagi Pencarian Lelaki Maskulin 200X

" LELAKI SEJATI ialah lelaki yang sanggup merenangi lautan api, sanggup mendaki puncak gunung berapi ,sanggup melawan naga api... Dan tak lupa juga, sanggup makan Api demi kekasihnya ( oke yg ni nampak sangat over)... Pendek kata, sanggup buat segala-galanya untuk kekasih dia lah , tak bikin macam di atas bukan manly namanya !! "
Samad bin Hamdan , pemilik ayat-ayat power serta bekas mat bunga kampung pandan jaya , kini bergelar player yang tegar .

" LELAKI SEJATI ialah lelaki yang yang sentiasa menjaga penampilan diri agar nampak hensem dan cool. Bukankah semua orang suka orang yang kemas dan bersih? "
Khairul Ryan , lelaki metroseksual, dan pemilik point terkumpul paling tinggi hasil pembelian banyak produk kecantikan di Watson saban minggu .

" LELAKI SEJATI ialah lelaki yang pandai memasak. Masak apa pun dia terer . Dah la terror...Fulamak ,  Sedap pulak tue! Terangkat beb !  "
- Chef Wan Din , Chef baru yang terkemuka di muka muka tv .

" LELAKI SEJATI itu master dalam bermain bola dan memilikki beberapa jenama kasut yang popular dikalangan yg popular , ah acaner tu ? "
Halim bin Khairul Pami Che Mat Dolah  , striker kampung batu 6 + 1 = 8 - 1 + 7 .

Seperti yang anda lihat, betapa banyaknya definisi lelaki sejati.

Tapi ada jugak yang menyelitkan bahawa lelaki sejati ada kaitan dgn merokok , kalau lelaki sejati , dia merokok , kalau tak merokok , tak sejatilah ? mana mazhab kau pegang ni ?

Kisah lelaki dengan rokok memang tak boleh dipisahkan jugak . Mana mana tempat korang pegilah , even luar mall sekalipon akan ada org yg merokok .Bagi pendapat aku sendirilah , merokok ni memang sesuatu yg sgt membazir dan tak mendatangkan benefit langsung  .
Bagi yg rasa tak betul tu , takpe . Ini pendapat aku je ok , jangan marah lak . Nanti ada yg kat luar belasah aku bila jumpa aku nanti plak . Apa yang aku nak selitkan sini , kalau nak merokok tak salah bagi yg dah mmg merokoklah kan dan tk boleh dipisahkan lagi dgn tabiat tu . Sekarang pun tak tunggu lelaki je merokok , perempuan pon dah ada weh , tapi yg perempuan tu merokok , guwa rasa macam nak sumbat je 10 batang rokok dalam mulut dia kasik sedar sikit , sangat pelik kalau perempuan merokok , tak cun langsung . Aku pon tk faham dengan apa yg berlaku di globalisasi dunia sekarang ni . Salah satu kemajuan negara mungkin . 
Apapun dalam merokok aspek kebersihan mestilah dijaga , satu hari tu aku lihat masa naik satu bangunan samada blok flat ke , premis premis makanan mahu jugak tandas , habuk rokok merata rata . Kat situ aku nak refer pada kebersihan la . If let say la ,kedai makan yg kita nak makan , kalau kotor la kan ? korang sendiri sanggup ke nak makan ? tak nak kan ? In case yang berlaku kat aku sekarang  , masuk je tandas ,bau rokok . Ini memang tak boleh dimaafkan , kalau aku jumpa org merokok dalam tandas tu straight away aku rendam muka dia kasik lemas dalam mangkuk tandas tu . Sampai aku lihat ada satu senario yg mak cik tandas pon bubuh notis kat tandas tu .

" tandas bukan tempat untuk merokok"


aku tak tau la pulak kan kalau orang zaman sekarang tak tahu membaca . Tapi bagi aku memang tak patut perbuatan tu . Menimbulkan tidak kesenangan orang lain dalam membuang apa yg perlu . Tandas cantik jadi kotor . Oke aku dah tak pepasal buat iklan tandas kat sini .

Apapun apa aku nak cakap yg merokok membahayakan kesihatan dan lelaki yg sihat bermulanya dengan pengambilan sesuatu yg baik untuk kesihatan badan , bagi aku sendiri la Lelaki yg sejati adalah lelaki yang mampu berfikir apa yg terbaik untuk diri dia , dalam aspek kehidupan dan keluarga juga masyarakat . Tak semua lelaki mampu utk jadi macam definisi kat atas yg aku bagitau tadi . Kalau ade , itu superman namanya , bukan lelaki sejati , or mungkin x-men mungkin . Merepek dah ni . ok bai .

p/s : tak semua lelaki di dunia ini sejati , terima baik buruk sesuatu benda agar keseimbangan dapat terlaksana . Jauhi rokok . Ingatlah org tersayang  .


TWITTER : @SYUKMUHAMAD
INSTAGRAM : SYUKMUHAMAD
FACEBOOK : SYUK MUHAMAD / PUTRA SYUK

No comments:

Post a Comment